1.0 PENGENALAN
Pertumbuhan ditakrifkan sebagai perubahan manusia yang boleh dilihat dan diukur seperti pertumbuhan saiz, berat, gigi, organ deria dan anggota. Manakala perkembangan secara asasnya ialah perubahan tingkah laku mental. Pranatal pula ialah tempoh sebaik sahaja selepas persenyawaan sehingga bayi dilahirkan iaitu berlangsung selama kira-kira 266 hari selepas persenyawaan atau 280 hari dari pertama haid yang terakhir sebelum seseorang hamil.
ASPEK PERTUMBUHAN PERKEMBANGAN
JASMANI Pertumbuhan saiz, berat, gigi, organ deria, anggota... Kemahiran menggunakan pertumbuhan fizikal seperti berjalan, melihat, mendengar, membuat kerja....
MENTAL Bertambah keupayaan berfikir,... Kemahiran memikir, mengingat, menaakul, menganalisis,..
EMOSI Perasaan seronok, gembira, duka, takut, bimbang, sedih,... Kemahiran mengawal perasaan dalam situasi tertentu
SOSIAL Meluaskan perhubungan, komunikasi dan pergaulan dengan orang lain. Kemahiran mendisiplin dan penyesuaian diri dalam pergaulan dengan orang lain.
Jadual 1.0 : Perbezaan di antara pertumbuhan dan perkembangan individu dari aspek jasmani, mental, emosi dan sosial.
2.0 FASA DALAM PERKEMBANGAN DAN PERTUMBUHAN PRANATAL
Perkembangan bayi sewaku prenatal terdiri daripada tiga fasa iaitu fasa germa yang berlangsung lebih kurang tiga minggu,fasa embrionik yang berkangsung dalam tempoh dua minggu hingga dua minggu hingga dua bulan selepas persenyawaan, akhir sekali ialah fasa fetal. Sewaktu fasa kedua, bayi dipanggil embrio manakala pada fasa ketiga bayi dipanggil fetus.
3.0 PERINGKAT PERTUMBUHAN PRANATAL
TRIMESTER PERTAMA
FASA GERMA (LEBIH KURANG 2 MINGGU)
Peringkat pertama dipanggil Fasa Germa yang berlangsung selama lebih kurang dua minggu iaitu beberapa jam selepas persenyawaan antara sperma (benih atau nutfah lelaki) dengan ovum (telur atau nutfah perempuan), pertumbuhan manusia pun bermula. Hasil percantuman sperma dengan ovum menghasilkan zigot. Zigot yang terhasil mewarisi kebanyakan ciri-ciri kedua-kedua ibu bapa dan nenek moyangnya.
Rajah 3.1 : Sperma Rajah 3.2 : Ovum
Rajah 3.3 : Zigot (sperma + ovum)
Zigot yang terbentuk mula membahagikan kepada dua sel, kemudian setiap sel tersebut membahagikan kepada dua sel untuk menghasilkan empat sel seterusnya 4 sel tadi membahagi lagi untuk menghasilkan 8 sel dan seterusnya sehingga terbentuk 16 sel, 32 sel dan seterusnya sehinggalah terbentuknya selonggok sel-sel yang tersusun tidak ubah sepeti sebiji bola. Struktur 16 ini disebut sebagai morula. (. Kulitnya terdiri dari dua bahagian sel, iaitu lapisan kulit luar dan kelompokan sel-sel di satu bahagian. Lapisan kulit luar adalah bakal yang akan membentuk uri, iaitu lapisan tisu-tisu yang menyediakan permukaan yang akan menghubungkan lembaga dengan rahim ibunya.
Kelompokan sel-sel pula adalah bakal lembaga itu sendiri. Ruang yang dibendungi oleh sel-sel tersebut dipernuhi dengan cecair yang juga dikeluarkan oleh sel-sel tersebut. Cecair ini dipercayai mempengaruhi atau mencetuskan perkembangan lembaga selanjutnya. Pembahagian zigot ini berlaku sewaktu dalam perjalanan ke rahim iaitu sekitar tiga hingga empat hari.
Sementara lembaga sedang mengalami proses pembelahan sel-selnya, ia juga perlahan-lahan bergerak menuruni salur ovum menuju ke dalam rahim dengan pertolongan silia-silia dan cerutan salur ovum. Peringkat ini berakhir kira-kira dalam 3-4 hari setelah persenyawaan berlaku. Dalam tempoh 3-4 hari berikut pula, lembaga itu seolah-olah sedang bersiap sedia untuk membenamkan dirinya ke dalam dinding rahim. Kini, sel-sel dari kelompokan dalam sekali lagi bertukar corak untuk membentuk sel-sel yang bakal melahirkan lembaga manusia yang sebenarnya. Sehingga ke sat ini saiz keseluruhan lembaga itu masih lagi sama besar dengan telur asalnya dan ia masih lagi dibendungi oleh selaput telur.
Rajah 3.4 : Morula
Pembahagian sel menukarkan zigot kepada morula yang berbentuk bola tiga hari selepas persenyawaan. Persenyawaan dan pembentukan morula ini berlaku di dalam salur rahim. Kemudian satu ruang terbentuk di dalam morula dan menukarkan morula kepada blastosista. . Blastosista digerakkan secara lembut ke arah rahim dan kemudian terbenam ke dalam dinding rahim. Semasa proses pembenaman, blastosista di penuhi cecair yang memisahkan kepada dua lapisan sel iaitu lapisan luar yang bertanggungjawab bagi proses pembenaman dan lapisan dalam yang membentuk embrio. Perjalanan blastosista sehingga sampai ke dinding rahin mengambil masa lima hingga enam hari. Menjelang hari ke dua belah, blastosista telah terbenam sepenuhnya di dalam dinding rahim.
Rajah 3.5 : Blastosista
TRIMESTER KEDUA
FASA EMBRIO ( 4 HARI KE 3 BULAN)
Peringkat Embrio
Terimester kedua bermula dari fasa embrio ( 4 hari hingga 3 bulan). Pada kira-kira hari ke-7 selepas persenyawaan, selaput telur mulai terkoyak dan kini lembaga yang berkeadaan telanjang bulat itu mula merapatkan dirinya ke dinding rahim dan seterusnya tertanam perlahan-lahan sehingga terbenam ke dalam dinding rahim yang berkeadaan lembur dan basah itu. Bermula dari detik inilah lembaga beransur-ansur membesar dan berubah dari peringkat demi peringkat. Menjelang hari ke-12 blastosista telah terbenam sepenuhnya di dalam dinding rahim. Pembenaman blastosista dan perlekatan embrio ke dinding rahim berlaku dari akhir minggu pertama sehingga akhir minggu ketiga. Perkembangan zigot kepada blastosista berlaku tanpa disedari. Pada ketika ini, seseorang wanita tidak mengalami apa-apa tanda bahawa dia telah hamil.
Perkembangan pesat lembaga atau embrio berlaku dari minggu ke-3 hingga minggu ke-8. Embrio manusia yang sebenar muncul kira-kira pada minggu ke-3. Ia bermula sebagai lipatan beberapa lapisan bakal yang berubah perlahan-lahan menjadi embrio yang sempurna. Dalam minggu ke-4, embrio telah menunjukkan bakal kepala dan ekor yang jelas. Kini, ia berkeadaan melengkung seperti tanda koma; tali pusatnya kelihatan terjulur keluar berhampiran dengan ekor, menghubungkannya dengan uri. Kira-kira 3 arau 4 hari kemudian, muncul pula bayangan-bayangan mata dan tunas-tunas anggota. Perkembangan embrio bermula pada bahagian otak dan kepala. Sistem saraf yang mencukupi penting untuk membolehkan sistem-sistem yang lain berfungsi. Perkembangan cepat otak menyebabkan perkembangan kepala telah berkembang sehingga mencapai satu pertiga daripada panjang embrio. Panjang seluruh tubuh adalah kira-kira setengah inci iaitu hampir 10,000 kali berbanding dengan ovum yang telah bersenyawa .
Perkembangan jantung dan anggota juga berlaku pada peringkat ini. Jantung mula berdenyut pada akhir minggu ke-3. Semua organ utama dibentuk semasa minggu ke-4 hingga minggu ke-8. Dalam minggu ke-6, bahagian kepala dan matanya semakin berubah, sementara anggota hadapannya muncul perlahan-lahan. Anggota belakangnya muncul kemudian. Ketika ini, walaupun perubahan-perubahan telah banyak berlaku, lembaga itu masih lagi tidak menunjukkan sifat-sifat seorang manusia. Bayangan seorang manusia hanya kelihatan setelah kira-kira 3 hingga 4 hari kemudian dan beransur-ansur mencapai kesempurnaan dalam minggu ke-7. Kini, panjang lembaga itu telah meningkat lebih kurang 2 cm (3/4 incin) dan rahim manusia agak membesar sedikit, tetapi tanda-tanda mengandung pada si ibu masih lagi tidak jelas.
Bayangan seorang manusia semakin jelas menjelangnya minggu ke-8. Kepalanya agak besar sedikit dibandingkan dengan saiz badannya. Di bahagian kepadala juga kini telah muncul cuping telinga, hidung dan mulut. Anggota-anggota hadapan (tangan) dan belakang (kaki) kini hampir mencapai kesempurnaan setelah mengeluarkan jari-jari kecil yang lengkap (lima jari) serta berkeadaan terbuka. Perkembangan-perkembangan selanjutnya di bahagian kepala dan otak serta kepupusan bahagian ekornya dipercayai mencapai kesempurnaan pada akhir bulan kedua. Sementara itu, peralatan-peralatan utama seperti jantung, usus, buah pinggang dan sebagainya telah juga wujud serta memulakan kerja-kerjanya. Di kala ini, rupa paras dan sifat-sifat lembaga itu tidak lain dan tidak bukan seperti manusia, cuma saiznya sahaja terlalu kecil, iaitu kira-kira 2.5 cm (1 inci). Selepas daripada tarikh ini, perubahan-perubahan yang berlaku kepada lembaga hanyalah bertujuan untuk membesar bahagian-bahagian dan organ-organ yang telah sedia wujud itu sahaja; dengan lain perkataan, perubahan-perubahan besar tidak lagi berlaku selepas ini.
Peringkat tian (bayi yang masih lagi dalam kandungan) bermula pada akhir minggu ke-8. Menjelangnya bulan ke-3, tanda-tanda kehamilan semakin jelas terbayang di bahagian bawah pusat. Tian ketika ini kian membesar, tetapi tubuhnya masih lagi kecil dibandingkan dengan kepalanya. Panjang badannya setelah berakhir bulan ke-4 adalah kira-kira 7 inci dan berat badannya dianggarkan 100 gram (4 oz.). Dalam bulan-bulan tersebut juga kuku didapti keluar dari jari-jarinya. Ia kini telah menunjukkan tanda-tanda gerakalih, lantaran kerjasama antara otot-otot dan sistem-sistem sarafnya semakin baik. Dalam bulan ke-3, alat-alat kelaminnya masih lagi tidak dapat dibezakan sama ada jenis lelaki atau jenis perempuan, tetapi keadaan ini berubah setelah menjelangnya bulan keermpat. Pada akhir minggu ke-8, embrio sudah dilengkapi dengan sistem pendengaran, penglihatan, tulang, daging, kulit dan organ-organ asas, tetapi tidak berfungsi lagi. Embrio telah mempunyai organ pembiakan, iaitu testis pada embrio lelaki dan ovari pada embrio perempuan. Embrio ketika ini berukuran kira-kira 30 mm panjang dan mempunyai bentuk manusia.
Peringkat Janin atau Fetus
Peringkat ini bermula dari minggu ke-9 kehamilan sehingga bayi dilahirkan. Bermula dengan embrio yang sekecil buah walnut, janin membesar sehingga 50 kali ganda. Pada peringkat ini, organ yang terbentuk semasa peringkat embrio berkembang terus. Badan, kepala, lengan dan kaki berkembang dengan cepat. Begitu juga organ bagi peredaran darah, pernafasan dan pencernaan semuanya berkembang dengan pesat. Perkembangan saraf dan otot juga turut berlaku. Jantung mengepam darah melalui salur darah. Perkembangan otak berlaku dengan pesat. Janin lambat laun bertukar rupa seperti bayi.
Minggu ke-9 hingga ke-12
Pada awal minggu ke-9, ukuran kepala janin adalah separuh panjang badannya. Selepas itu, pertumbuhan badan janin pesat berlaku sehingga ahkir minggu ke-12, panjangnya meningkat dua kali ganda. Berat janin adalah kira-kira 4 gram. Pada peringkat ini, organ utama tubuh telah terbentuk, jantung berdegup cepat, darah beredar melalui salur darah, perut janin mula aktif dan ginjal mula berfungsi. Perubahan yang berlaku seterusnya ialah pertambahan dari segi saiz dan fungsinya. Uri kian membesar dan ketika ini mempunyai berat 6 kali ganda janin. Apabila organ seks telah terbentuk, maka jantina janin mungkin dapat dikenalpasti melalui ultrasound. Adakalanya lengan, kaki dan jari janin mula membuat pergerakan spontan tetapi tidak begitu dirasai oleh ibunya.
4.0 PERTUMBUHAN DAN AKTIVITI MOTOR JANIN
TRIMESTER KETIGA
FASA FETAL ( TIGA BULAN SEHINGGA LAHIR)
Minggu Ke-13 hingga Ke-16
Janin kini berukuran lebih kurang 18 cm (7 inci) panjang dan mempunyai berat kira-kira 100 gm. Kepala janin masih besar jika dibandingkan dengan tubuhnya. Jantungnya berdegup cepat dan otot-ototnya kini kian aktif. Biasanya jantina janin sudah dapat dikenalpasti ketika peringkat ini. Pada ketika ini juga (bulan ke-4), uri telah lengkap terbentuk dengan sempurna dan melekat pada dinding rahim. Bagaimanapun, perkembangan uri tidaklah sepesat sebelumnya. Berat uri hampir sama dengan berat janin. Janin dihubungkan ke uri melalui tali pusat. Tali pusat terdiri daripada salur darah yang membawa darah kaya zat makanan daripada ibu kepada janin dan juga darah yang mengandungi hasil sisa daripada janin kepada ibu untuk dikumuhkan.
Minggu Ke-17 hingga Ke-20
Janin kini mempunyai rupa bentuk manusia. Panjangnya lebih kurang 25 cm iaitu lebih kurang 10 inci, manakala beratnya kira-kira 300 g. Bulu roma halus disebut Lanugo mula tumbuh pada kulitnya. Rambut juga mulai tumbuh di kepalanya. Kuku mulai kelihatan pada jarinya. Pada bulan kelima, janin mula bergerak aktif dalam cecair amnion. Janin pada ketika ini menghisap jari, berpusing, sensitif terhadap cahaya dan juga menggerak-gerakkan kelopak mata. Si ibu pula mula terasa gerakan dalam rahimnya sepertu tendangan lembut janin. Gerakan ini lebih awal dirasai oleh ibu- ibu yang telah hamil. Bagi sesetengah wanita, gerakan ini lebih kerap terasa pada waktu malam.
Rahim beransur-ansur membesar selaras dengan pembesaran tian dalam bulan-bulan berikutnya. Dinding perut si ibu jelas sekali mengembang hingga ke aras pusat menjelangnya bulan ke-5, kemudian melampauinya dalam bulan ke-6. Kini, walaupun tian semakin membesar,urinya semakin mengecil. Ini bukanlah bermakna, kerja-kerja uri untuk memberkal serta menukarkan oksigen, makanan dan bahan-bahan kotor menjadi lemah, malah kerja-kerjanya semakin cekap sehinggalah ke sat-saat kelahiran.
Zat nutrien dan oksigen disampaikan kepada janin melalui tali pusat, bahan buangan juga dikeluarkan dari tubuh janin melalui tali pusat. Pada peringkat ini, perkembangan uri semakin perlahan, manakala janin teru membesar sehingga dibawah aras pusat. Janin kini lebih berat daripada uri. Walaubagaimanapun, kandungan masih berasa ringan.
Minggu Ke-21 hingga Ke-26
Janin kini berukuran lebih kurang 32 cm panjang dan mempunyai berat kira- kira 650 g. Kulit janin kelihatan kurang kemerahan dan diliputi bulu roma. Matanya mula membuka dan mengatup. Otak pada lengan dan kaki semakin kuat dan kental. Dalam bulan-bulan tersebut, gerakalih dan keadaan-keadaan diam-aktif tian semakin dirasai oleh si ibu. Rupa parasnya pada ketika ini betul-betul menyerupai manusia, peralatan-peralatan badannya hampir-hampir mencapai kesempurnaan. Tetapi, walau bagaimanapun paru-parunya masih lagi tidak boleh digunakan Jadi, tidaklah mungkin baginya hidup jika dilahirkan pada peringkat ini. Pada penghujung bulan ke-6, keseluruhan badannya diselaputi oleh rerambut-rerambut halus; kepalanya mulai ditumbuhi oleh rambut-rambut dan bulu keningnya juga muncul. Saiz tian kini meningkat kepada 3 cm (13 inci).
Aktiviti janin semakin meningkat dari segi kekerapan dan kekuatannya. Janin semakin membesar. Pada masa ini juga, bahan yangmembantu pengembangan peparu selepas lahir mula dihasilkan. Walaubagaimanapun, Sistem pernafasan belum lagi matang. Sekiranya kelahiran berlaku ketika ini, bayi tidak dapat hidup. Selera makan ibu juga bertambah baik. Dari bulan ke enam sehingga lahir, panjang keseluruhan tubuh janin meningkat dua kali ganda.
Minggu Ke-26 hingga Ke-38
Kandungan rahim semakin besar dan dinding perut terus menonjol keluar sehingga hampir ke aras dada menjelangnya blan-bulan ke-7, 8 dan 9. Dalam bulan-bulan ini si ibu boleh merasai dengan jelas gerakan-gerakan kandungannya yang agak cergas itu. Badan tian semakin berisi dengan tisu-tisu lemak. Kulit mukanya beransur-ansur menjadi licin dengan tisu-tisu tersebut. Sehingga bulan ke-9, panjang badannya telah mencapai kira-kira 45 cm (18 inci) dan beratnya kira-kira 5lb. Tian mempunyai peluang besar untuk hidup jika dilahirkan dalam bulan-bulan ke-7 dan 8. Ketika ini, walaupun semua organ-organ tubuh badan dan kelengkapan-kelengkapan luarnya telah sempurna, paru-parunya masih lagi tidak boleh digunakan dengan sepenuhnya., tambahan pula tulang-tulang serta tengkorak masih lagi lembut.
Pada masa ini, janin berukuran kira-kira 35 cm panjang dan mempunyai berat lebih kurang 1000 g. Bulan ke-7 atau minggu ke-8 dianggap masa yang penting. Janin yang dilahirkan selepas 28 minggu kemungkinan hidup kerana peparu dan salur darahnya telah berkembangang untuk membenarkan pertukaran gas. Pada peringakat ini, perkembangan peparu terus berlaku dan jumlah bahan yang membantu pengembangan peparu selepas lahir semakin meningkat. Pertumbuhan otak juga masih berlaku dengan cepat.
Badan janin kurus, manakala kulitnya masih kemerahan dan diliputi oleh lapisan pelindung yang dihasilkan oleh kelenjar kecil di kulit dikenali sebagai verniks kaseosa. Janin kini sudah mampu membuka matanya. Degupan jantung janin sudah dapat didengari dengan jelas oleh doktor. Janin aktif bergerak di dalam rahim dan ibunya terus merasai tendangan bayi dalam kandungannya. Ibu ketika peringkat ini cepat terasa lapar. Oleh itu, mereka dinasihatkan supaya makan lebih kerap tetapi tidak terlalu banyak bagi mengelakkan rasa senak perut kerana rahim mereka juga semakin membesar ke atas.
Minggu ke-30 hingga Ke-38
Ketika minggu ke-32, janin dianggarkan 42 cm panjang dan 1800 g berat. Kulitnya masih kemerahan, tetapi agak berkedut. Tulang kepalanya lembut. Peparunya juga sudah berkembang baik dan boleh mula berfungsi. Janin sudah mampu mendengar bunyi yang kuat dan memberi respons dengan menambah pergerakan kaki dan lengan.
Pada minggu ke-36, janin dianggarkan berukuran 46 cm panjang dan 2500 g berat. Berat badannya bertambah agak banyak dalam jangka masa 4 minggu. Ini kerana lebih banyak lemak terendap di bawah kulit dan di sekitar bahu. Kehadiran lemak ini penting dalam membantu mengawal suhu tubuh. Dengan bertambahannya lemak di bawah kulit, rupa janin yang dahulunya seperti orang tua yang berkulit nipis dan kelihatan berkedut berubah menjadi seorang bayi yang berisi. Pada minggu ini juga, berat dan juga lemak. Penurunan testis ke dalam skrotum berlaku pada waktu ini bagi janin lelaki. Perkembangan sistem saraf terus berlaku.
Selepas cukup bulan, janin telah mempunyai kesemua organ yang penting untuk menjalankan kehidupan selepas lahir tanpa bergantung kepada ibu. Rahim telah membesar sehingga mencapai aras bawah tulang sternum di hadapan. Janin sekarang hanya menunggu saat untuk dilahirkan ke dunia. Si ibu menunggu dengan gelisah manakala berakhirnya bulan ke 10 (mengikut peredaran bulan). Bulan ini atau minggu ke-40 merupakan detik-detik kematangan isi kandungannya. Dalam saat-saat ini, hampir 96 peratus isi kandungan itu berkedudukan normal, 3-4 peratus berkedudukan sonsang dan kira-kira 1 peratus berkedudukan mengiring. Saiz tian telah meningkat hampir-hampir dua kali ganda dan berat badannya kira-kira 7 ½ lb. Tian perempuan agak ringan sedikit. Permukaan bdannya licin, tetapi bulu-bulu roma halus masih lagi terdapat disekitar bahunya. Rambut-rambut juga kelihatan di kepala yang kini telah mencapai keseimbangan dengan saiz badannya, iaitu saiznya lebih kurang sesuku daripada saiz badan. Semua peralatan luar tubuh badan seperti telingan luar (termasuk cuping telinga), mata, hidung, mulut dan alat-alat kelaminnyatelah berseda menghadapi suasana di luar rahim. Tian ketika ini seolah-olah sedang menunggu saat yang baik saja untuk keluar ke dunia.
Rajah 4.0 : Pertumbuhan Janin (a)
Rajah 4.1 : Pertumbuhan Janin (b)
5.0 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI BERAT JANIN
1. Makanan Yang Diambil Oleh Ibu
- Ibu yang sedang mengandungkan bayi seharusnya mengamalkan permakanan yang sihat. Mengikut Krause ( 1984 ) persekitaran yang sihat untuk janin akan terhasil apabila ibu mengambil makanan seimbang untuk dirinya, bebas daripada penyakit dan mematuhi arahan doktor.
2. Kesihatan Ibu
- Ibu yang kurang vitamin, garam galian dan protein akan ternyata memberi kesan terhadap bayi dalam kandungan. Contohnya kekurangan vitamin akan mempengaruhi mata dan organ-organ dalaman bayi, kurang zat besi menyebabkan bayi kekurangan darah dan kekurangan zink menyebabkan sistem saraf bayi rosak.
3. Umur Ibu Ketika Mengandung
- Jika ibu terlalu muda sistem peranakan mungkin tidak begitu matang, anak kadang-kadang rendah berat badan, mengalami kecacatan fizikal dan saraf serta mungkin terencat akal. Bagi ibu yang berumur lebih daripada 40 tahun pula mungkin wujud keabnormalan kromosom yang boleh membawa kepada bayi sindrom down.
4. Tabiat Ibu Yang Merokok
- Terdapat kajian yang dijalankan oleh Nieburg et al, 1985 yang menyatakan bahawa kerencatan pembesaran berlaku apabila ibu merokok melebihi lima batang rokok dalam sehari. Selalunya ibu-ibu yang merokok semasa hamil akan melahirkan bayi yang sama ada rendah berat badan, meninggal atau keguguran. Sesetengah pendapat mengatakan bahawa, ibu yang tidak merokok akan menyalurkan oksigen sepenuhnya kepada janin tetapi ibu yang merokok menyalurkan oksigen bercampur gas, tar dan nikotin kepada janin.
RUJUKAN
Jamilah Jamaludin, 1998. Perkembangan Manusia Dari Janin Ke Dewasa.
KualaLumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jan Langman, 1981. Medical Embryology. London : The William & Wilkins Company
Ma’rof Redzuan, Haslinda Abdullah. 2004. Pengantar Psikologi. Edisi kedua. Universiti Putra Malaysia: Mc Graw Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
Safian Sulaiman, 1979, Dari Segumpal Darah : Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors sdn. bhd.
No comments:
Post a Comment