Sunday, October 31, 2010

ULANGKAJI MURID & ALAM BELAJAR (PART A)

1 (a) Jelaskan apa yang anda faham tentang dua konsep gaya pembelajaran tersebut
(4 markah)
field dependence – memproses maklumat secara global, kurang perhatian pada butiran terperinci.
field independence – memproses maklumat secara analitikal, beri perhatian pada butiran dan terperinci.

(b) Senaraikan tiga ciri murid bersandar medan (field dependence) dan tiga ciri bebas medan (field indepencence)
Field dependence
-Memproses mak.sec global
-Kategorikan konsep secara umum
-B’orientasi sosial
-Dipengaruhi kritikan
-Penentuan mat.& pengukuhan luaran

Field independence
-Memproses mak.sec analitikal
-Kategorikan konsep sec.khusus
-B’sifat peribadi
-< dipengaruhi kritikan
-Mat.&p’kuhan d’tentukn sdri



2. Main adalah sebahagian daripada aktiviti yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti main yang dijalankan haruslah bermakna.
(a) Senaraikan dua ciri main.
• Bermotivasi secara intrinsik
• Berfokus kepada fungsi
• Berubah-ubah merentasi situasi dan jenis kanak-kanak yang terlibat
• Tidak bermatlamat
• Mempunyai kesinambungan
• Berlaku di tempat yang selamat dan kondusif

(b) Jelaskan 3 kepentingan main
• Tingkatkan perkembangan kemahiran bahasa
• Tambahkan kemahiran sosial
• Memperkembangkan kreativiti dan imaginasi
• Meningkatkan kecekapan kemahiran berfikir
• Memupuk kebolehan kemahiran komunikasi lisan dan bukan lisan
• Pemahaman terhadap dunia fizikal
3(a) Senaraikan 4 aspek perbezaan individu.

(i) Perbezaan emosi,p’bezaan rohani,perbezaan budaya,perbezaan fizikal,perbezaan kognitif.
3(b) Huraikan secara ringkas setiap perbezaan individu seperti
berikut:

(i) Perbezaan Kognitif
• perempuan biasa mempunyai pencapaian akademik yang lebih tinggi daripada lelaki
• murid-murid mempunyai aras kognitif yang berlainan

(ii) Perbezaan Budaya
• Setiap murid mempunyai sistem kepercayaan yang berlainan
• Setiap budaya ada norma-norma dan kepercayaan sendiri
(iii) Perbezaan Fizikal

• Murid-murid berbeza daripada kekuatan fizikal
• Tingkah laku lelaki lebih agresif daripada perempuan

(iv) Perbezaan Emosi
• Semua murid mempunyai tahap emosi yang berlainan
• Kerana mereka berasal daripada keluarga yang berlainan tahap sosio-emosi dan kemahiran sosial.

(v) Perbezaan Rohani
• Setiap murid mempunyai agama mereka sendiri
• Murid-murid biasa mengikuti agama ibu bapa

4 (a) Nyatakan 4 cara guru dapat meningkatkan motivasi murid.
(i) memenuhi semua keperluan murid
(ii) menggunakan peneguhan positif dan negatif
(iii) menggalakkan pembelajaran koperatif dan kolaboratif
(iv) mempelbagaikan aktiviti yang diminati murid
(v) menggunakan unsur suspend dan kecindan
(vi) membantu murid menetapkan matlamat yang realistik untuk dicapai
(vii) mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif


4(b) Berikan 3 strategi pengajaran dan pembelajaran untuk mewujudkan
motivasi kepada murid di dalam bilik darjah.
(i) menggunakan set induksi yang menarik.
(ii) menggunakan pengalaman murid yang sedia ada untuk
mengaitkannya dengan pelajaran baru.
(iii) membangkitkan naluri ingin tahu murid dengan soalan mencabar.
(iii) mewujudkan semangat bersaing dalam aktiviti permainan dan
aktiviti pertandingan.
(vi) gunakan teknik peneguhan untuk memupuk dan mengekalkan
motivasi murid dalam pembelajaran yang selanjutnya.

(vi) memberi peluang kepada murid untuk menikmati kejayaan dalam
pembelajaran mereka.

(vii) lain-lain jawapan yang munasabah

No comments: