Tanggal 14/04/2010 pasti tidak akan dapat dilupakan oleh rakan kita, Haniff dan Zahid kerana pada hari tersebut, satu perkara yang tidak diduga telah berlaku.Malang tidak berbau. Akibatnya, mereka telah mengalami kemalangan jalanraya yang agak dasyat.
Kejadian berlaku sewaktu 'dak2 PJ' lelaki seramai 11 orang dalam perjalanan untuk ke Limau Manis untuk berenang. 3 buah motorsikal dan sebuah kereta mengikuti konvoi tersebut. (zahid&haniff,alan&adi,Ihsan&zul,budin,azmir,nizam,khalil&safiq). Ketika cuba memotong sebuah lori di satu selekoh, motor yang dibawa oleh zahid telah terbabas,akibatnya mereka telah 'melepet' di atas jalan. Mujur lori tersebut perlahan dan kereta di hadapan juga dipandu perlahan.Motor tersebut segera dialihkan ke tepi dan zahid dan haniff dibawa ke Klinik kesihatan Bangi. Mereka dibawa ke unit kecemasan. Selepas sejam, doktor mencadangkan agar mereka dibawa ke Hospital Kajang untuk rawatan lanjut. Mereka dibawa menaiki Ambulans.
Zahid menerima berbelas jahitan di dagu dan haniff menerima jahitan di bahagian siku. Alhamdulillah,kecederaan mereka tidaklah terlalu teruk dan mereka dibenarkan keluar selepas menerima rawatan. Zahid dapat MC 2 hari manakala haniff selama 2 minggu. Pelik kan??hehe..
Sesiapa yang ingin memberi sumbangan,boleh terus berhubung dengan ketua kuliah 1.04..ahaha (sekadar gurauan)..
~tammat~
1 comment:
What is the difference between casino games and slots?
Slot games are the most หารายได้เสริม popular types herzamanindir of casino 토토 사이트 도메인 games, https://septcasino.com/review/merit-casino/ and the majority are slots. and the most commonly played slot poormansguidetocasinogambling.com games.
Post a Comment