Thursday, April 22, 2010

PROJEK MODEL BALAPAN,SEKTOR BALINGAN DAN LONTARAN

Projek ini merupakan salah satu intipati yang terkandung dalam sukatan pJustify Fullelajaran Pendidikan Jasmani bagi kursus Major PJ. Sebelum projek dimulakan, kami telah dibahagikan kepada lima kumpulan dan setiap kumpulan wajib menyiapkan tiga model iaitu model balapan, model sektor balingan dan model sektor lontaran. Proses menyempurnakan model ini agak rumit kerana setiap model mestilah mempunyai ukuran yang tepat dan mengikut skala. Ukuran mestilah berpandukan ukuran yang telah dikeluarkan oleh IAAF.




o
Masa yang diberi untuk menyiapkan ketiga-tiga model ini ialah dua minggu. Selain pengiraan yang tepat, kekreatifan sesebuah kumpulan juga diambil kira. Setiap kumpulan diberikan kebebasan untuk mencantikkan model masing-masing dan alatan yang digunakan juga boleh mengikut cita rasa tersendiri. Bajet untuk menghasilkan model-model ini agak tinggi. Ada yang menjangkau rm150. Namun demi menjayakan projek ini, kami tidak lokek untuk berbelanja.





Hasil projek ini akan didokumentasikan pada minggu ujian amali. Semoga segala usaha ini dapat diaplikasikan setelah menjadi guru yang sebenar. Sekian.

1 comment:

Nur Ardilla Najwa said...

best giler kena buat model...kitorang kena buat lukisan memang tak der seni lansung...