Thursday, April 22, 2010

MICROTEACHING OLAHRAGA KALI PERTAMA

Sesi microteaching telah dijalankan pada 22/04/2010. Ini juga merupakan salah satu perkara yang terkandung dalam sukatan pelajaran bagi pelajar Major PJ. Ia telah dijalankan secara berkumpulan. Setiap kumpulan terdapat 4 orang ahli dan setiap ahli diberikan tugasan pada bahagian permulaan, perkembangan, klimaks dan penutup.



a

Bahagian permulaan merupakan sesi memanaskan badan ( permainan kecil dan regangan), perkembangan pula merupakan bahagian yang paling penting yang mana segala intipati pelajaran yang hendak disampaikan pada hari tersebut terdapat di dalam bahagian ini, klimaks (permainan kecil yang berkaitan dengan topik) ialah bahagian yang pasti dinantikan oleh murid. Akhir sekali ialah bahagian penutup (menyejukkan badan dan perbincangan).



Menurut En Shamsharizal selaku pensyarah penasihat, secara keseluruhannya sesi microteaching ini berjaya namun terdapat sedikit kelemahan terutama pada bahagian perkembangan yang mana terdapat guru pelatih yang masih kurang dalam penyampaian intipati pelajaran.

Segala kelemahan, kekuatan dan teguran ini amat berguna kepada kami kerana ia membantu kami untuk menyelami proses P&P dan menambah keyakinan kami.

No comments: