Sunday, November 21, 2010

kAMI suka CuTI..!!

Assalamualaikum w.b.t....

Haii smua....4 entri kali ni sgt2 excited coz ktorg dh stat cuti semester...hooorayyy...!!!! hehehehehe~ Cuti semester hjg cmnilah ktorg suka coz xde ass8ment lgsg. Juz cuti utk goyg2 kaki je bak kt org... ;p So, agak2 nye pelah plan dak2 kls pj ct2 ni kan? Terpulanglah nak qada tido ke, nak hangout ngan
kwn2 ke or pe2 jelah.. :-) Jnji kita smua jg diri baik2 k ms ct ni. Plus, jg kshtn bdn
tu..al maklumlah, sem dpn kene blaja bl jrg, bl blg n pendidikan luar kan? So, smbl2 ct tu..siap2kanlah mental n fizikal masing2 tu..So, hve fun k ms ct sbln stgh ni..see u all next semester..luv u PJ class..daa....

muka happy kitorang.. ;-)


gaya kitorg bl dh stat ct..hehehehe~


p/s: jgn nakal2 taw kawanku ms ct ni....hehehehe!!

Settle SuDAH !!





Assalamualaikum w.b.t...

Holla...syukur alhamdulillah n lega sgt2 kpla ni coz kitorg dh pn hbs exam hr isnin hr tu..YEAYYY..!!!!! Merdeka sudah..N yg plg penting, ktorg dh try d' bez. Hope ktorg smua lulus n dpt kptsn yg baik..insyaallah..doakan ktorg k? So, no more ulgkji2 lg or tido lmbt2 lg..hehehehehe~ So, misi skrg..pack brg2 n balikkk umah msg2.. :-) klah, we all gtg..daa....

Monday, November 8, 2010

FINAL EXAM SEMESTER 2!



Hello2...

4 information..skrg ni mggu final exam. So, mcm bese bila final exam ni msti mcm2 prsn ade kan..stresslah, pening pale, x tau nak study mn st n mcm2 lah tp kami dak pj, simple je org2nya. Kami x study hard tp study smart. Plus, sem ini subjek killer..huhuhu! Mn x nyer, anatomi ngan motor.. Dua2 subjek pntg + teori semata2. So, pe2 pn..we will try our bez plus hope smuanya berjalan lancar n get a good result..insyaallah..aminn! So, kat bawah ni..tarikh2 kitorg pekse:-

2/11/2010- Murid & alam blaja
10/11/2010- pertumbuhan dan perkembangan motor
11/11/2010- anatomi dan fisiologi
15/11/2010- pendidikan kesihatan & seksualiti


p/s: maafkan smua kslhn kami pd kamoo semua..n doakan kami berjaya k..!

OuR FamILY!

Haii...

Diam x diam, dh 2 thn stgh kitorg bersama. Mcm2 suka duka kitorg kongsi bersama. Tipulah kalu slma 2 thn stgh ni kitorg x pnh gduh kan? Ade tu mmg ade..Mcm dlm family kita gak..gduh gak kan tp lps tu baik balik. So, mcm tulah kitorg dalam kls pj ni. Mcm2 prngai ade...tu yg wat kls ni happening, sporting n bez giler! Plus, stiap sem kitorga akan blaja kmhrn2 br..n tulah yg merapatkan lg kitorg sbb kitorg akan blaja bersama2..n berlatih bersama2.. So, kat bawah ni ak nak kongsi moment2 kitorg bersama slma 2 thn stgh ni...













p/s: we love our class..!!!!

Monday, November 1, 2010

LAPORAN PBS MAJOR PJ

2.0 LAPORAN PERLAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DI SEKOLAH
Semasa menjalani program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) selama lima hari di SK Temin, saya telah menjalankan beberapa aktiviti untuk mendapatkan maklumat bagi menyempurnakan laporan tugasan. Antara aspek yang perlu saya laporkan adalah seperti berikut :

2.1 Menyemak sukatan pelajaran dan perkaitannya dengan rancangan tahunan PJ di sekolah

Berdasarkan pemerhatian dan proses refleksi bersama guru PJ di sekolah ini, saya mendapati bahawa P&P PJ dijalankan mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Berikutan semasa saya menjalani PBS ini merupakan pada bulan Ramadhan, maka P&P PJ telah digantikan dengan Pendidikan Kesihatan (PK). Maka guru telah menggunakan sukatan pelajaran PK untuk mengajar murid-murid. Dari aspek rancangan tahunan PJ di sekolah ini, ia selaras dengan sukatan pelajaran yang telah dirancang oleh KPM. Segala topik yang diajar adalah bertepatan dengan sukatan pelajaran. Di dalam rancangan tahunan PJ di sekolah ini, pihak panatia telah menyusunnya dengan baik iaitu dengan meletakkan P&P PK pada bulan Ramadhan. Ini langkah yang bijak untuk mengelakkan murid berasa penat dan menggalakkan murid berpuasa. (contoh sukatan pelajaran dilampirkan di bahagian lampiran.)

2.2 Mengenalpasti bidang / unit pembelajaran yang diajar berkaitan dengan tunjang pembelajaran.

Semasa menjalani PBS, saya berkesempatan melihat proses P&P PK yang dijalankan kepada kelas tahun dua. Unit pembelajaran yang diajarkan oleh guru ialah tunjang kesihatan. Guru mengajar murid mengenai tajuk ‘Kesihatan Diri & Keluarga’

Gambar 2.2 (a) P&P Pendidikan Kesihatan

Gambar 2.2 (b) Topik Kesihatan Diri & Keluarga

Gambar 2.2 (c) Buku teks PJPK

2.3 Membuat refleksi berkaitan huraian sukatan pelajaran dan perancangan tahunan.

Secara keseluruhannya, huraian sukatan pelajaran yang dihasilkan oleh KPM dan perancangan tahunan sekolah ini saling berkaitan dan selaras dengan kehendak KPM seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Perancangan tahunan sekolah ini telah dirancang dengan bijak oleh panatia PJ. Sebagai contoh, pada bulan Ramadhan, guru diminta mengajar topik di bawah tunjang kesukanan dan kesihatan. Oleh yang demikian, guru tidak perlu mengadakan P&P di padang. P&P pada bulan Ramadhan dijalankan di dalam bilik darjah untuk mengelakkan murid berasa letih dan menggalakkan murid berpuasa. Pada bulan lain, P&P dijalankan mengikut sukatan pelajaran terutamanya berkaitan dengan tunjang kecergasan.

2.4 Membuat pemerhatian pengajaran guru Pendidikan Jasmani

Selama lima hari menjalani PBS di sekolah ini, saya sempat mengikuti dua sesi pengajaran dan pembelajaran PK yang dijalankan oleh dua orang guru PJ di sekolah ini. Berikut adalah laporan bagi kedua-dua sesi P&P PK yang saya ikuti :
Sesi P&P satu :

Gambar 2.4 (a) Sesi P&P PJPK tahun dua

Gambar 2.4 (b) Sesi P&P PK

Gambar 2.4 (c) Guru mempelbagaikan teknik pengajaran

Gambar 2.4 (d) Murid mengambil bahagian secara aktif

Gambar 2.4 (e) Murid menyalin nota yang diberikan guru

Gambar 2.4 (f) Murid melukis gambar berpandukan buku teks PJPK

Sesi P&P pertama yang saya ikuti adalah bersama Encik Zulkifli bin Daud. Beliau merupakan guru senior dalam matapelajaran PJ. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam matapelajaran PJ ini. Pada ketika saya membuat pemerhatian, beliau telah menjalankan P&P di bawah tunjang kesihatan iaitu topik ‘Kesihatan Diri & Keluarga’. Topik ini berkaitan dengan mengenali tubuh badan. Berdasarkan pemerhatian saya, saya dapati cara pengajaran beliau amat menarik. Walaupun P&P beliau hanya menggunakan ‘kapur & papan hitam’, namun beliau berjaya menarik minat murid untuk menumpukan perhatian terhadap P&P. Suara beliau yang kuat dan jelas membolehkan murid-murid mendengar dengan baik. Murid-murid kelihatan ceria sepanjang P&P beliau. Buktinya murid-murid bersungguh-sungguh mengambil bahagian dalam setiap aktiviti kelas seperti menjawab pertanyaan guru apabila guru bertanyakan soalan. Masing-masing berebut-rebut untuk ke hadapan kelas dan menjawab pertanyaan guru. Selain daripada guru bertanyakan murid beberapa soalan berkaiatan dengan topic yang diajarkan pada hari tersebut, terdapat juga murid-murid yang rajin mengajukan soalan kepada guru apabila mereka tidak memahami sesuatu perkara.

Sesi P&P kedua:

Gambar 2.4 (f) Sesi P&P PJPK tahun satu

Gambar 2.4 (g) Sesi P&P PJPK sesi kedua

Gambar 2.4 (h) Murid mengambil bahagian dalam P&P

Sesi P&P kedua ini lebih menarik. P&P PK ini P&P ini dibawah seliaan Puan Wan Suhaila binti Wan Hamzah. Beliau merupakan guru dari program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan baru bertugas sebagai guru selamasatu tahun. Walaupun pengalaman beliau dalam bidang perguruan masih cetek, namun ternyata lepasan KPLI ini mampu mengendalikan P&P dengan baik. Pada 30 minit yang pertama, guru memperkenalkan topik yang ingin diajarkan kepada murid iaitu di bawah tunjang kesihatan iaitu tajuk Kesihatan Diri & Keluarga berkaitan penjagaan kesihatan anggota badan. Murid mengambil bahagian dalam sesi P&P dengan menjawab pertanyaan yang diajukan oleh guru. Guru menyenaraikan makanan berkhasiat dan makanan tidak berkhasiat di papan hitam untuk disalin oleh murid dan guru memberi penerangan tentang kedua-dua jenis makanan tersebut. Guru juga memantau kesihatan gigi murid dan menasihatkan murid agar menjaga kesihatan gigi.

Pada 30 minit berikutnya, untuk mengelakkan murid berasa bosan dengan P&P, guru membawa murid ke makmal komputer. Di situ guru telah menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) berbentuk tayangan slide multimedia dan nyanyian lagu. Guru memaparkan gambar kesan apabila tidak menjaga kesihatan tubuh badan untuk merangsang murid menjaga kesihatan badan.Kemudian guru meminta murid-murid menyatakan kesan lain. Selepas itu, untuk membuatkan murid lebih ingat dan faham kepada isi pembelajaran yang disampaikan pada sesi tersebut, guru mengajar murid menyanyi. Lagu yang dipilih berkaiatan dengan topik yang diajar pada sesi P&P tersebut. Murid-murid kelihatan begitu terhibur dengan aktiviti tersebut.
(rakaman sesi P&P ini dilampirkan di bahaguan lampiran dalam bentuk cakera padat)

Gambar 2.4 (i) P&P PJPK di makmal komputer

Gambar 2.4 (j) Tayangan slide multimedia


2.5 Mengenalpasti kaedah dan teknik yang digunakan oleh guru semasa mengajar

Berdasarkan pemerhatian terhadap kedua-dua sesi P&P PJPK yang saya ikuti, antara teknik yang digunakan oleh guru kepada kelasnya ialah teknik arahan. Guru memberi arahan kepada murid untuk mengeluarkan buku teks dan buku latihan serta meletakkannya di atas meja. Apabila guru mengarahkan murid untuk berdiri dan melakukan aktiviti regangan, murid mengikut arahan guru setelah melihat demonstrasi oleh guru. Selain itu, teknik penyelesaian masalah juga diterapkan dalam P&P PJPK tersebut. Sebagai contoh, guru mengajukan pertanyaan kepada murid mengenai fungsi jantung dan paru-paru. Murid-murid cuba berfikir tentang fungsi jantung dan paru-paru kemudian menyatakannya kepada guru.

Tambahan lagi, guru juga menggunakan teknik pembelajaran koperatif iaitu murid dibahagikan kepada kumpulan kecil yang terdiri daripada ahli yang berbeza keupayaan ke arah mencapai objektif dan matlamat pembelajaran yang sama. Buktinya, guru membahagikan murid kepada dua kumpulan dan setiap kumpulan diminta menyenaraikan makanan berkhasiat dan makanan tidak berkhasiat. Murid-murid bekerjasama untuk mendapatkan jawapan bagi soalan guru tersebut.

2.6 Memerihalkan pengelolaan kelas semasa pengajaran dan pembelajaran

Ketika pemerhatian dijalankan, saya mendapati bahawa guru berjaya mengelolakan kelas dengan baik. Pada permulaan sesi P&P, guru cuba untuk meransang murid untuk lebih menumpukan kepada topik yang disampaikan. Sebagai contoh, ketika topik mengenali tubuh badan iaitu jantung, guru meminta murid mengenggam tangan kanan dan memberitahu murid bahawa saiz jantung manusia adalah sebesar segenggam tangan. Kemudiannya guru meminta murid meletakkan genggaman tangan tersebut ke bahagian tengah dada (sedikit ke kiri). Ini menunjukkan bahawa guru telah memberikan arahan dengan baik dan mampu dilakukan oleh murid. Selain itu, kawalan kelas adalah baik. Sewaktu guru memberikan penerangan di hadapan kelas, murid memberikan perhatian kepada guru. Cuma terdapat beberapa murid yang mengambil peluang ke bahagian belakang kelas untuk mengasah pensil. Perlakuan murid tersebut segera ditegur oleh guru. Pada sesi akhir P&P, guru cuba meransang murid untuk mengingati topik yang diajarkan pada hari tersebut dengan menggunakan set induksi yang menarik. Sebagai contoh, guru menggunakan BBM berbentuk slide multimedia berkaitan topik yang diajar. Selain itu, guru meransang murid dengan nyanyian lagu. Murid-murid kelihatan terhibur dan apabila guru mengajukan soalan berkaitan topik yang diajar, murid dapat menjawab dengan baik. Ia menunjukkan murid memahami topik yang diajarkan pada hari tersebut.

2.7 Melaporkan pencapaian objektif dalam perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran

Setelah dua sesi P&P yang telah saya ikuti, saya mendapati kedua-dua P&P telah mencapai objektif dari segi kognitif dan afektif. Namun, aspek psikomotor tidak dapat dicapai kerana P&P tersebut merupakan P&P PK yang mana P&P dijalankan di dalam bilik darjah. Buktinya, aspek kognitif dapat dilihat apabila guru mengajukan soalan berkaitan fungsi jantung dan paru-paru, murid-murid dapat menyatakan fungsi-fungsi tersebut dengan betul. Murid-murid juga dapat menyenaraikan makanan yang berkhasiat dan makanan yang tidak berkhasiat. Bagi aspek afektif pula, ia dapat dilihat sewaktu murid-murid berbaris dengan teratur ketika bergerak menuju ke makmal komputer. Tambahan pula, sewaktu guru meminta murid menyanyikan lagu secara serentak, nilai kerjasama memberikan keseragaman dalam nyanyian tersebut.

2.8 Mengenalpasti masalah guru dalam melaksanakan pengajaran Pendidikan Jasmani di sekolah.

Terdapat beberapa kesukaran yang dihadapi oleh guru PJ di sekolah ini. Masalah pertama ialah ketika mengajar kemahiran gimnastik. Ini kerana sekolah ini tidak mempunyai peralatan yang cukup seperti tilam gimnastik, belantan, dan papan lombol. Jadi, murid-murid tidak dapat mempelajari kemahiran yang menggunakan alatan tersebut. Sebagai langkah penyelesaian, guru bolehlah menghasilkan alatan ubahsuai yang mirip kepada alatan sebenar. Selain daripada itu, pengajaran kemahiran gimnastik agak terbatas kerana di sekolah ini tidak terdapat guru yang pakar dalam bidang gimnastik. Sehubungan dengan itu, kemahiran tersebut diajar sekadar yang termampu dilakukan oleh guru. Maka, demonstrasi tidak dapat dilakukan sepenuhnya.

Masalah kedua ialah pengajaran PJPK kepada murid tahun satu terutamanya kepada kelas terakhir. Murid-murid kelas tersebut rata-ratanya tidak tahu membaca dan mengeja. Mereka merupakan murid-murid yang mengikuti program LINUS di sekolah ini. Kesukaran untuk mengajar terjadi apabila guru menggunakan buku teks kerana mereka tidak dapat membaca. Oleh yang demikian, bagi menangani masalah ini, guru perlu menggunakan pendekatan yang berbeza untuk memastikan murid dapat memahami isi pembelajaran. Antara pendekatan yang digunakan ialah guru mengajar sesuatu topik dalam unit yang kecil dan berulang-ulang kali supaya muri-murid dapat mengingati apa yang diajar. Selain itu, guru menggunakan BBM yang sesuai seperti slide multimedia dan nyanyi lagu untuk meransang murid.

Masalah ketiga agak serius iaitu tiada P&P PJPK diajarkan kepada murid tahun enam sekolah ini. Waktu P&P PJPK bagi murid tahun enam di sekolah ini digantikan dengan P&P subjek peperiksaan. Masalah ini bukanlah berpunca daripada guru PJ di sekolah ini, tetapi ia merupakan arahan daripada pihak pentadbiran sekolah. Maka guru PJ tidak dapat berbuat apa-apa dan terpaksa akur dengan kehendak pihak pentadbiran sekolah.


3.0 LAPORAN PENGURUSAN PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DI SEKOLAH

Tugasan ini memerlukan saya berkomunikasi dengan panitia PJ di sekolah ini untuk mendapatkan beberapa maklumat mengenai pengurusan panitia PJ sekolah. Berikut merupakan aspek yang perlu saya laporkan :

3.1 Membuat pemerhatian pengurusan Panitia PJ di sekolah

Menerusi pemerhatian dan soal selidik yang telah saya jalankan, saya berpendapat bahawa pengurusan panitia sekolah ini berada pada tahap sederhana sahaja. Ini kerana sewaktu saya meminta laporan tentang pengurusan panitia ini, saya mendapati panitia ini hanya mengadakan mesyuarat satu tahun sekali iaitu pada awal januari sahaja. Selain itu, fail pengurusan juga tidak dikemaskini dan ia menyukarkan saya untuk mendapatkan maklumat berkaitan aktiviti yang dijalankan oleh panatia ini. Menurut ketua panitia, Encik Zulkifli bin Daud, matapelajaran PJ di sekolah ini dianak tirikan oleh pihak pengurusan kerana beranggapan bahawa matapelajaran teras ataupun peperiksaan lebih penting, maka pihak pengurusan tidak begitu mengambil berat kepada pencapaian murid sekolah ini dalam matapelajaran PJ. Namun, guru-guru PJ sekolah ini tetap komited dalam P&P PJPK kepada murid-murid sekolah ini.

3.2 Membuat pemerhatian berkaitan pengurusan dan peraturan stor sukan dan stok kelengkapan sukan.

Saya telah berkesempatan untuk membuat pemerhatian dan kaji selidik berkaitan pengurusan dan peraturan stor sukan dan stok kelengkapan sukan. Pengurusan stor sukan sekolah ini agak baik walaupun kelengkapan sukannya tidak mencukupi. Stor sukan ini mempunyai sistem pinjaman peralatan yang tersusun. Sebelum meminjam peralatan sukan, guru yang ingin menggunakan peralatan tersebut diwajibkan menulis rekod peralatan yang dipinjam di dalam buku rekod pinjaman peralatan yang telah disediakan. Setelah siap menggunakan peralatan tersebut, guru diminta menandatangani pengakuan pemulangan alatan tersebut di dalam buku rekod yang sama.


Gambar 3.2 (a) Stor Sukan SK Temin

Gambar 3.2 (b) Buku rekod pinjaman peralatan sukan

Gambar 3.2 (c) Rekod pinjaman dan pemulangan

Untuk memastikan urusan pihak pengurusan stor sukan ini berjalan lancar, terdapat panduan dan peraturan yang telah ditetapkan kepada sesiapa yang ingin menggunakan stor sukan ini. Satu papan yang ditulis panduan dan peraturan di stor PJK telah digantung di bahagian luar stor sukan ini untuk memudahkan murid atau guru membaca dan memahami peraturan sebelum menggunakan peralatan dari stor sukan ini. Antara peraturan yang mesti dipatuhi ialah:

(1) Pastikan mendapat kebenaran dari guru Pendidikan Jasmani terlebih dahulu sebelum mengambil peralatan sukan dari stor.
(2) Sebagai langkah keselamatan, elakkan dating ke stor bersendirian tanpa memaklumkan kepada guru Pendidikan Jasmani.
(3) Gunakan peralatan sukan mengikut kperluan sebaik-baiknya. Dilarang menyalahgunakan peralatan-peralatan tersebut.
(4) Untuk mengelakkan kehilangan atau kecurian peralatan sukan, pastikan pintu stor sentiasa tertutup setiap kali sebelum beredar.
(5) Pastikan suis eletrik ditutup setiap kali sebelum beredar.


Gambar 3.2 (d) Panduan dan peratutan stor PJK

Dari aspek peralatan sukan di dalam stor ini, peralatan yang terdapat hanya pada tahap minimum. Tidak semua peralatan yang diperlukan untuk P&P PJ ada di dalam stor ini. Maka, sesi P&P PJ agak terganggu kerana kekurangan peralatan. Namun, susun atur peralatan-peralatan tersebut kemas dan tersusun. Peralatan juga dilabelkan dengan label yang betul. Oleh kerana kekurangan ruang, peralatan unit kokurikulum seperti peralatan perkhemahan juga diletakkan sekali di dalam stor ini.


Gambar 3.2 (e) Susun atur peralatan sukan

Gambar 3.2 (f) Peralatan sukan yang tidak mencukupi

Gambar 3.2 (g) Peralatan yang disusun kemas

Gambar 3.2 (h) Skitel

Gambar 3.2 (i) Rak yang kekurangan alatan

Gambar 3.2 (j) Peralatan yang rosak

Gambar 3.2 (k) Carta bergambar

Gambar 3.2 (l) Pembahagi antara stor sukan dan stor kokurikulum

Dari aspek stok kelengkapan sukan, saya telah cuba mendapatkan rekod pembelian dan juga rekod lupus kira peralatan sukan daripada pihak pengurusan stor sukan, namun kerana kekangan masa, mereka tidak berkesempatan untuk menunjukkan rekod-rekod tersebut kepada saya. Namun, menurut mereka, setiap peralatan baru yang dibeli dan peralatan lama yang rosak dan perlu dilupus kira, mereka akan mencatatkannya di dalam rekod untuk tujuan audit pada setiap hujung tahun.
3.3 Membuat pemerhatian kelengkapan kemudahan prasarana sukan di sekolah.

Berdasarkan pemerhatian yang telah saya jalankan, saya mendapati sekolah ini mempunyai prasarana asas yang cukup seperti padang dan trek balapan. Namun, saya berpendapat bahawa penyelenggaraan prasarana-prasarana tersebut agak kurang. Sebagai contoh, ketika pemerhatian dijalankan, padang ditumbuhi rumput yang tebal dan kemuncup yang banyak. Selain itu, tiang gol bola sepak juaga tidak mempunyai jaring. Tiang gol bola jaring pula tidak dipacakkan dengan selamat, tetapi ia disendal dengan batu besar. Keadaan tersebut amat berbahaya kepada murid-murid terutama ketika mereka bermain bola jaring kerana mungkin ada di antara mereka akan tersepak atau tersadung pada batu tersebut dan akan mengakibatkan kecederaan. Trek balapan didapati agak kabur garisannya. Ini mungkin kerana ia telah lama disiapkan dan rumput yang tebal juga menjadi salah satu sebab garisan trek tersebut agak tidak kelihatan.


Gambar 3.3 (a) Padang

Gambar 3.3 (b) Tiang gol yang tidak berjaring

Gambar 3.3 (c) Tiang bola jaring yang disendal batu

Gambar 3.3 (d) Rumput tebal dan kemuncup

Sekolah ini mempunyai taman permainan yang mempunyai beberapa prasarana yang boleh digunakan untuk P&P PJ seperti palang sejajar, buaian, jongkang-jongket dan banyak lagi.


Gambar 3.3 (e) Palang sejajar

Gambar 3.3 (f) Palang

Gambar 3.3 (g) Buaian

Gambar 3.3 (h) Jongkang-jongket



4.0 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, selama empat hari saya menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di SK Temin, saya mendapati bahawa sesi P&P Pendidikan Kesihatan (PK) di sekolah ini berjalan dengan baik secara amnya. Namun, bagi meningkatkan keberkesanan dalam sesi P&P PK, guru bolehlah mengambil beberapa inisiatif untuk menarik minat murid-murid menumpukan perhatian kepada isi pembelajaran seterusnya memahami dan mengamalkan apa yang telah mereka pelajari dalam kehidupan seharian mereka.

Antara inisiatif yang boleh diambil oleh guru ialah guru bolehlah menggunakan set induksi yang lebih baik agar murid teransang untuk menumpukan perhatian terhadap sesi P&P. Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang mantap juga dapat membantu dalam usaha menarik minat murid kerana dengan BBM yang menarik, ia bukan sahaja dapat meningkatkan minat murid bahkan dapat memastikan isi pembelajaran yang disampaikan diingati oleh murid-murid.

Selain itu, dari aspek peralatan sukan yang tidak mencukupi, salah satu cara untuk mengatasi masalah tersebut ialah dengan mereka alatan ubahsuai yang mirip kepada peralatan yang sebenar. Sebagai contoh, sekiranya kayu pemukul besbol tidak mencukupi atau tiada, guru boleh menghasilkan kayu pemukul daripada gulungan surat khabar. Manakala, bola pula boleh dihasilkan menggunakan gumpalan kertas. Peralatan sebegini mungkin lebih menarik minat murid-murid kerana ia adalah hasil kekreatifan guru mereka. Mungkin juga guru boleh meminta murid-murid yang menghasilkan peralatan ubahsuai tersebut dan pastinya murid-murid akan lebih menghargai barang yang mereka hasilkan sendiri.

TEORI-TEORI KAWALAN MOTOR

Teori-teori kawalan motor

Teori kawalan motor adalah sejumlah kualiti atau idea abstrak tentang sifat pergerakkan dan sebab pergerakkan tersebut. Teori kawalan motor berusaha untuk menyediakan diri dalam menghadapi ‘apa’ dan ‘bagaimana’ manusia mengawalnya iaitu tindakbalas manusia terhadap sesuatu perkara sebagai contoh jika sesorang itu terkena cerek panas tindak yang dibuat adalah mengalihkan tangan dari cerek tersebut.
Teori Tindak Balas (Reflex Theory)
Teori tindak balas ini diasakan oleh Sherrington pada tahun 1906, Thorndike pada tahun 1927 dan Skinner pada tahun 1938. Pergerakan yang dilakukan oleh manusia pada asasnya dikawal oleh tindak balas iaitu pergerakan adalah kemuncak kepada urutan tindak balas yang berkait rapat dalam menghasilkan reaksi, perangai melalui syarat berkait rapat dengan kawalan motor dan tujuan tindak balas adalah untuk menjelaskan tingkah laku motor dapat dilihat oleh mata kasar.
Ciri-ciri Teori Refleks dan Teori Kawalan Motor

Terdapat tiga ciri-ciri bagi teori reflex dan teori kawalan motor iaitu bagi kedua-dua teori ini tidak ada penjelasan kepada keunikan pergerakan dan pengulangan tingkah laku tersebut. Iaitu pergerakan dan pegulangan kelakuan yang dilakukan oleh setiap individu tidak dapat dijelaskan keunikan pergerakan itu dilakukan oleh seseorang individu contohnya pergerakan yang berulang-ulang yang dilakukan oleh bayi yang cuba berjalan. Kedua-dua teori ini tidak boleh menjelaskan pelarasan-pelarasan dalam pelaksanaan lakuan motor . Teori-teori ini boleh digunakan untuk menjelaskan konsisten diantara setiap ciri-ciri pergerakan ruang dan masa, contohnya peringkat perkembangan motor halus dan kasar kanak-kanak. MenurutSheridan (1984), dia mencadangkan ciri-ciri itu perlu ditunjukkan dalam sebarang teori kawalan motor sepertikelenturan pergerakan, keunikan pergerakan, ketekalan pergerakan dan modifiabiliti pergerakan.

Teori Berhierarki (Hierarchical Theory)
Tokoh yang terdapat didalam teori ini adalah Hughlings Jackson pada tahun 1850, Keela pada tahun 1968 dan Schmidt pada 1991. Berdasarkan satu hierarki, permulaan daripada otak dan neokorteks, otak memberi arahan kepada semua perbuatan keputusan dan prestasi . Otak adalah “komander tertinggi” , otak berhubung dengan peringkat bawah sistem pusat saraf semasa pelbagai bentuk lakuan motor. Model konsep, program motor, menyediakan satu cara untuk pemahaman bagaimana pergerakan boleh dirancang terlebih dahulu melalui kemahiran terbuka dengan 2 peringkat iaitu pusat kawalan eksekutif dan sistem efektor.

Ciri-ciri Teori Berhierarki
Terdapat beberapa ciri teori berhierarki iaitu melalui pengertian umum tentang pergerakkan motor , kelenturan pergerakan adalah melalui matlamat kepada sesuatu pergerakkan. Keunikan dan ketekalan tingkah laku motor boleh juga dijelaskan melalui program motor paradigm. Disamping itu, pergerakan yang dilakukan boleh mirip satu sama lain iaitu melalui menggabungkan keunikan pergerakan tersebut dengan keupayaan untuk melakukan pergerakan serupa pada tahap kepakaran tertentu contohnya berlari dan menendang bola, daripada gabungan ini maka wujudlah pergerakan yang dipanggil permainan bola sepak.

Teori Sistem Dinamik
Tokoh didalam teori ini adalah Bernstein (1967). Teori sistem dinamik juga dikenali sebagai Teori Ekologi atau Teori Sistem Tindakan. Didalam teori ini percaya bahawa persekitaran adalah sumber yang penting dalam memberi maklumat untuk sesuatu tindakan atau tingkahlaku. Jika persekitaran yang didiami oleh kanak-kanak tersebut mengajar bahawa mencuri itu baik maka kanak-kanak tersebut akan melakukan perkara yang dianggap tidak salah itu. Tingkahlaku motor adalah ‘self organized’. Ia adalah tindakbalas daripada perhubungan atau cetusan daripada subsistem (neurological, biological, musculature).

Ciri-ciri Teori Sistem Dinamik
Ciri teori sistem dinamik terbentuk kerana terdapat interaksi dinamik antara individu dan persekitaran, kelenturan pergerakan dan pengubahan pergerakan secara terperinci. Pelakuan yang unik dan kesinambungan pergerakan juga termasuk didalam fungsi otot-otot. Otot seseorang individu berfungsi setiap kali dia melakukan pergerakan, tidak kira walaupun pergerakan itu kecil

ISL PERKEMBANGAN MOTOR BAYI

PERKEMBANGAN MOTOR BAYI
Pada masa bayi baru lahir ia tidak berupaya untuk memegang satu-satu benda tetapi dapat menyentuhnya sahaja. Apabila ia berumur 3 hingga 4 bulan, bayi boleh menampar benda-benda yang ditunjukkan kepadanya tetapi masih tidak boleh menggenggam benda tersebut. Mereka dapat menggenggam tangan sama ada secara cepat atau lambat (Bower, 1982). Tambahan pula, mereka masih belum mempunyai koordinasi mata-tangan. Connoly dan Elliot (1972) telah mendapati bahawa pergerakan genggam bayi bertukar daripada bahagian dalam tapak tangan ke ibu jari dan hujung jari-jari dan ini merupakan satu kemajuan yang berlaku sehingga bayi berumur 9 bulan.

Perkembangan motor bayi pula boleh dibahagikan kepada 2 kategori umum.

1) Perkembangan lokomasi dan postural yang melibatkan kawalan badan dan koordinasi tangan dan kaki untuk bergerak.
2) Perkembangan prehension iaitu kebolehan yang menggunakan tangan untuk makan, pegang sesuatu benda dan sebagainya.

Perolehan kemahiran-kemahiran motor ini membolehkan bayi bergerak balas mengikut persekitaran dan lebih bebas untuk bergerak.


Perkembangan motor bayi dapat dipelajari melalui penerokaan terhadap pelbagai tingkah laku bayi seperti gerakan refleks, tingkah laku berirama atau rhythmic behavior, motor kasar dan motor halus. Perkembangan kemahiran-kemahiran motor ini adalah saling berkait dan tidak berlaku secara terpisah antara satu sama lain.

• Gerakan refleks
Gerakan refleks merupakan pergerakan yang dapat dilihat sejak bayi dilahirkan. Gerakan refleks bersifat automatik, tidak dapat dikawal dan wujud sebagai tindak balas bayi terhadap rangsangan yang terdapat di persekitaran. Melalui gerakan refleks inilah bayi membina tindak balas penyesuaian terhadap persekitaran sebelum berlakunya proses pembelajaran secara sedar. Gerakan refleks juga dikatakan mempunyai nilai survival iaitu sejenis kemahiran yang bersifat semla jadi untuk membantu bayi meneruskan kehidupan.

Jenis gerakan refleks di kalangan bayi:
1) Tingkah laku menghisap
Menghisap merupakan salah satu jenis kemahiran yang dibekalkan sejak lahir bagi bayi dan amat penting bagi bayi untuk mendapatkan zat makanan sebelum ia dapat mengambil makanan jenis pepejal. Selain susu dan air, bayi yang baru lahir menghisap apa sahaja objek yang diletakkan di mulut. Gerakan pantulan ini akan hilang apabila bayi semakin membesar iaitu berusia 3 atau 4 bulan.

2) Refleks mengesan punca (rooting reflex)
Refleks mengesan punca merupakan reaksi bayi sejak lahir yang ditunjukkan apabila pipi atau kawasan tepi mulut bayi disentuh oleh objek. Bayi akan memaling ke arah tempat yang disentuh untuk mendapatkan objek untuk dihisap.

3) Refleks moro
Bayi didapati serin melakukan pergerakan menyentak atau strartle sebagai reaksi kepada bunyi atau pergerakan yang kuat. Bayi akan melengkungkan badannya dan mengarahkan tangan dan kakinya ke bahagian tengah badan. Pergerakan ini dikenali sebagai gerakan atau refleks moro. Pergerakan ini membolehkan bayi berpaut kepada panjaganya supaya tidak jatuh.

4) Refleks menggenggam (grasping or palmar reflex)
Apabila tapak tangan bayi disentuh oleh objek, ia akan menggenggam objek tersebut dengan kuat. Selepas bayi mencapai usia 3 bulan tingkah laku ini akan hilang dan berkembang menjadi tingkah laku yang lebih kompleks dan bertujuan. Misalnya bayi akan menggenggam dengan sengaja apabila melihat sesuatu objek.
Tingkah laku refleks yang lain adalah seperti refleks berenang dan memijak. Sebahagian tingkah laku refleks ini akan hilang secara beransur-ansur apabila usia bayi semakin meningkat atau berkembang menjadi tindak balas yang sengaja yang lebih bertujuan, manakala tingkah laku refleks tertentu akan kekal sepanjang hayat. Tingkah laku refleks yang kekal adalah batuk, mengerdipkan mata, menguap, sentakan lutut dan bersin.

• Tingkah laku berirama (rhythmic behavior)
Tingkah laku berirama seperti pergerakan anggota yang kerap ditunjukkan oleh bayi pada tahun pertama.
• Kemahiran motor kasar
• Kemahiran motor halus

PENGENALAN MOTOR LEARNING & PERFORMANCE

Definisi kawalan motor dan pembelajaran motor
Kawalan motor ialah bidang yang mengkaji postur dan pergerakan manusia serta mekanisme yang mengawalnya. Kawalan pergerakan ini dihasilkan oleh sistem biologi. Dalam kawalan motor, terdapat dua jenis lakuan motor iaitu lakuan motor tanpa kemahiran (Involuntari) dan lakuan motor berkemahiran (Voluntari). Lakuan pergerakan involuntari dihasilkan secara luar kawalan iaitu berlaku secara spontan dan dalam masa yang singkat. Contohnya pantulan lutut, tarikan tangan atau kaki apabila terkena benda panas. Mekanisme ringkas pergerakan involuntari terhadap pantulan lutut seperti rajah di bawah:
Mekanisme umum pergerakan involuntari seperti terpijak paku sistem reseptor akan menerima rangsangan di peringkat periferi dan ditukarkan kepada impuls.Rangsangan yang diterima oleh neuron sensori ditukar kepada impuls sensori. Selepas itu, impuls sensori dihantar ke sistem saraf pusat (peringkat rendah) dan diterima oleh impuls bersinaps dengan neuron motor di saraf tunjang. Impuls sensori bertukar menjadi impuls motor apabila bersinaps. Impuls motor di hantar ke efektor menghasilkan pergerakan. Sistem efektor menghantar maklumat impuls motor dan involuntari.
Lakuan pergerakan voluntari dihasilkan secara sedar atau dalam kawalan. Individu memilih dan menentukan untuk melakukan sesuatu pergerakan itu. Perlakuan ini dibina melalui bakat, pengalaman dan latihan. Mutu perlakuan yang dihasilkan dipengaruhi oleh faktor tahap kemahiran dan pengalaman. Contoh kanak-kanak belajar bermain badminton dan galakan orang tua serta guru akan mempengaruhi lakuan pergerakan ini.
Pengelasan kemahiran motor pula terdapat tiga kriteria untuk membezakan kemahiran motor iaitu ketepatan lakuan, ciri pergerakan dan stabiliti persekitaran. Ketepatan lakuan berdasarkan jenis atau saiz otot utama yang terlibat dalam menghasilkan pergerakan. Ia terbahagi kepada dua iaitu kemahiran motor kasar (penggunaan otot-otot besar) dan kemahiran motor halus (penggunaan otot-otot kecil). Ciri-ciri pergerakan pula ada tiga iaitu kemahiran diskrit, kemahiran berterusan dan kemahiran siri. Dihasilkan oleh individu secara terkawal atau luar kawal.. Kemahiran diskrit mempunyai titik permulaan dan titik pengakhiran yang spesifik. Ia melibatkan pergerakan pantas dan masa terhad. Contohnya kanak-kanak menendang bola. Kemahiran berterusan melibatkan pergerakan yang sama dan dilakukan berulang-ulang kali dengan titik mula dan titik akhir. Contohnya kanak-kanak berlari. Kemahiran bersiri adalah gabungan beberapa kemahiran diskrit yang dicantum secara bersiri. Terdapat fasa-fasa kepada pergerakan seterusnya. Contohnya melompat dengan kedua-dua kaki bagi kanak-kanak 5 tahun ke atas akan boleh melompat jauh dan melompat tinggi sekiranya mendapat latihan dan kemahiran yang sesuai daripada guru dan ibubapa. Stabiliti persekitaran pula adalah kemahiran yang berasaskan stabiliti persekitaran dan terbahagi kepada dua iaitu kemahiran luar kawal (open motor skill) dan kemahiran terkawal (closed motor skill)
Manakala pembelajaran motor pula memberikan definisi iaitu satu proses pembelajaran kemahiran secara berperingkat dalam proses perkembangan motor bayi. Proses berlaku secara semulajadi bagi bayi dan bermula pada sejak lahir hingga dewasa. Pembelajaran motor bayi berlaku dengan cepat dan lambat bergantung kepada bantuan dan bimbingan orang di sekeliling terutama ibu bapa. Pembelajaran motor kanak-kanak adalah pergerakkan motor yang diperolehi daripada pengalaman. Contoh apabila kanak-kanak dalam keadaan meniarap ternampak barang main di hadapan, kanak-kanak tersebut dengan spontan akan bergerak menggunakan kekuatan otot leher dan paha untuk bangun secara tiarap dengan bergerak untuk mencapai barang mainan.
Persamaan kawalan dan pembelajaran motor
Kedua-dua konsep kawalan dan pembelajaran motor melibatkan penggunaan motor kasar dan motor halus. Memerlukan pergerakan manusia dalam menguasai kedua-dua konsep ini. Memerlukan bimbingan dan sokongan daripada orang lain. Terdapat teori dan sistem bagi menjelaskan tentang kawalan dan pembelajaran motor. Kedua-dua konsep ini melibatkan proses dalaman untuk mengaktifkan pergerakan. Pada mulanya, kawalan motor akan berlaku dan seterusnya, pembelajaran motor mengambil tempat hingga akhir hayat manusia. Kawalan dan pembelajaran motor saling berkait antara satu sama lain.
Perbezaan kawalan dan pembelajaran motor
Kawalan motor Pembelajaran motor
Definisi ialah bidang yang mengkaji postur dan pergerakan manusia serta mekanisme yang mengawalnya Definisi ialah satu proses pembelajaran kemahiran secara berperingkat dalam proses perkembangan motor bayi
Berlaku secara semulajadi dan ada juga memerlukan latihan Berlaku dengan latihan
Tempoh berlaku amat terhad Tempoh berlaku sepanjang hayat
Terdapat dua lakuan kawalan motor
- Lakuan motor tanpa kemahiran
- Lakuan motor berkemahiran Terdapat 2 proses pembelajran
- Peringkat motor-verba
- Peringkat motor
Terdapat system kawalan motor
- Kemahiran tertutup(closed loop
- Kemahiran terbuka(open loop) Terdapat sistem pembelajaran motor
- J.A Adam -kemahiran tertutup (closed loop) - Richard Schmidt- teori skema
3.0 Otak
Otak merupakan komponen penting dalam kawalan dan perkembangan motor yang melibatkan beberapa bahagian struktur otak iaitu serebrum, serebelum, cabang otak (midbrain, pons dan medulla oblongata), basal ganglia dan diencephalon. Bahagian serebrum dandiencephalon terletak pada bahagian depan otak.
3.1 Bahagian Otak dalam Kawalan Otak


Rajah 1: Fungsi setiap bahagian korteks otak
i. Serebrum
Serebrum terbahagi kepada dua bahagian iaitu hemisfera otak kanan dan kiri yang dihubungkan melalui cabang hujung saraf yang dikenali sebagai corpus callosum. Kedua-dua hemisfera ini diselaputi oleh satu permukaan yang berwarna kelabu iaitu korteks cerebral. Setiap hemisfera otak dibahagikan kepada empat lobus iaitulobus depan, lobus parietal, lobus occipital dan lobus temporal. Lobus depan merupakan kawasan anterior kepada pusat sulcus dan lateral fissure yang berfungsi mengawal pergerakan voluntari. Lobus parietal pula merupakan kawasan posterior kepada kawasan pusat fissure dan superior kepada lateral fissure yang mengawal penerimaan maklumat sensori. Lobus occipitalberfungsi menerima maklumat deria penglihatan. Lobus keempat yang terletak dibawah lateral fissure memainkan peranan penting dalam daya ingatan, pemikiran abstrak dan pertimbangan. Kawasan sensori motor pada bahagian otak terletak pada pusat sulcus. Setiap maklumat deria yang diterima akan dipindahkan melalui saraf sensori kepada bahagian otak yang menerima jenis maklumat deria. Contoh maklumat deria yang diterima ialah rasa, percakapan, sentuhan, penglihatan dan pendengaran serta tekanan.

ii. Primary motor korteks
Primary motor korteks ini terletak pada lobus depan sebagai pusat sulcus yang mempunyai neuron motor iaitu axon yang membawa maklumat dari otak kepada otot tertentu. Bahagian ini berfungsi mengawal pergerakan dan koordinasi pergerakan dalam kemahiran motor. Contohnya, seorang pemain piano memerlukan kemahiran motor dengan memainkan jarinya diatas pepapan piano. Korteks motor juga melibatkan kawalan ke atas koordinasi postur badan(kajian Loffe, Ustinova, Chernikova & Kulikov, 2006).

iii. Premotor korteks
Bahagian ini berfungsi mengawal pergerakan dengan mengenal pasti rentak pergerakan yang ingin dilakukan terlebih dahulu. Selepas menerima arahan daripada otak, premotor akan mengarahkan maklumat yang diterima daripada otak ke bahagian otot untuk melakukan pergerakan yang diinginkan. Misalnya, pemain piano akan mengerakkan jari-jemarinya pada pepapan piano setelah bahagian otot jarinya menerima maklumat daripada otak. Terdapat pengkaji lain menunjukkan kepentingan premotor kortek dalam meningkatkan tahap kebolehan melalui pemerhatian daripada seseorang individu(Buccino et al. 2001). Kerosakan pada bahagian premotor kortek akan menyebabkan kehilangan kemahiran motor halus.

iv. Supplementary motor
Bahagian supplementary ini terletak pada bahagian atas permukaan lob depan yang bersebelahan dengan bahagian primer motor kortek. Bahagian ini amat penting dalam mengawal urutan pergerakan yang dilakukan (Parsons, Harrington, & Rao, 2005) dan di dalam persediaan mengatur pergerakan (Cunnington, Windischberger, & Moser, 2005). Sekiranya rosak pada bahagian ini akan meyebabkan seseorang itu hilang koordinasi badan.

v. Basal Ganglia
Peranan basal ganglia ialah merancang dan mengawal otot antogonis ketika bergerak serta mengawal tekanan.(Pope, Wing, Praamstie & Miall, 2005). Kedudukan basal ganglia terletak pada bahagian tengah otak. Basal ganglia menerima input daripada korteks motor dan cabang otak. Seseorang yang mengalami kecederaan pada bahagian ini, mereka akan mengalami penyakit Parkinson dan cerebral palsy akibat daripada kecelaruan basal gangiia (Loffe et al. 2006) serta mengakibatkan strok (Boyd & Winstein, 2004).

vi. Cabang Otak
Bahagian ini terletak di bahagian bawah hemisfera serebral yang menghubungkan kod spinal. Cabang otak mempunyai tiga kawasan untuk kawalan motor iaitu pon, medulla oblongata dan reticular formation. Cabang otak menerima input daripada kortek serebrum, serebelum dan basal ganglia dan semua reseptor sensori. Pon merupakan kawasan pertama dalam cabang otak yang terletak pada bahagian atas cabang otak yang bertindak sebagai penghubung antara korteks cerebral dan serebelum. Pon terlibat dalam dalam fungsi kawalan badan seperti mengunyah, menelan, menelan liur dan bernafas. Pon juga terlibat dalam kawalan keseimbangan badan.

Kawasan kedua ialah mendula atau dikenali sebagai medula oblongata yang merupakan bahagian tambahan kepada kod spinal yang berfungsi mengawal sistem fisologi dalam badan sperti proses respirasi, dan degupan jantung. Dalam pergerakan voluntary, medula berfungsi sebagai tempat laluan sensori corticospinal dan motor neural melalui saraf tunjang untuk menghantar maklumat daripada bahagian otot kepada serebelum dan korteks serebral.

Bahagian ketiga dalam cabang otak ialah reticular formation. Gabungan basal ganglia dan jaringan saraf merupakan penghubung penting dalam rantaian struktur neural diantara deria reseptor yang melalaui badan dan pusat kawalan motor di serebelum dan korteks cerebral.Reticular formation wujud dengan membawa maklumat sensori dan boleh menggunakan terus tindakan CNS untuk mengubah aktiviti CNS sama ada menghalang atau menambahkan aktiviti yang boleh mengubah tindakan aktiviti otot skeleton.

PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PRANATAL

PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN PRANATAL

1.0 PENGENALAN
Pertumbuhan ditakrifkan sebagai perubahan manusia yang boleh dilihat dan diukur seperti pertumbuhan saiz, berat, gigi, organ deria dan anggota. Manakala perkembangan secara asasnya ialah perubahan tingkah laku mental. Pranatal pula ialah tempoh sebaik sahaja selepas persenyawaan sehingga bayi dilahirkan iaitu berlangsung selama kira-kira 266 hari selepas persenyawaan atau 280 hari dari pertama haid yang terakhir sebelum seseorang hamil.

ASPEK PERTUMBUHAN PERKEMBANGAN
JASMANI Pertumbuhan saiz, berat, gigi, organ deria, anggota... Kemahiran menggunakan pertumbuhan fizikal seperti berjalan, melihat, mendengar, membuat kerja....
MENTAL Bertambah keupayaan berfikir,... Kemahiran memikir, mengingat, menaakul, menganalisis,..
EMOSI Perasaan seronok, gembira, duka, takut, bimbang, sedih,... Kemahiran mengawal perasaan dalam situasi tertentu
SOSIAL Meluaskan perhubungan, komunikasi dan pergaulan dengan orang lain. Kemahiran mendisiplin dan penyesuaian diri dalam pergaulan dengan orang lain.
Jadual 1.0 : Perbezaan di antara pertumbuhan dan perkembangan individu dari aspek jasmani, mental, emosi dan sosial.

2.0 FASA DALAM PERKEMBANGAN DAN PERTUMBUHAN PRANATAL
Perkembangan bayi sewaku prenatal terdiri daripada tiga fasa iaitu fasa germa yang berlangsung lebih kurang tiga minggu,fasa embrionik yang berkangsung dalam tempoh dua minggu hingga dua minggu hingga dua bulan selepas persenyawaan, akhir sekali ialah fasa fetal. Sewaktu fasa kedua, bayi dipanggil embrio manakala pada fasa ketiga bayi dipanggil fetus.



3.0 PERINGKAT PERTUMBUHAN PRANATAL
TRIMESTER PERTAMA
FASA GERMA (LEBIH KURANG 2 MINGGU)
Peringkat pertama dipanggil Fasa Germa yang berlangsung selama lebih kurang dua minggu iaitu beberapa jam selepas persenyawaan antara sperma (benih atau nutfah lelaki) dengan ovum (telur atau nutfah perempuan), pertumbuhan manusia pun bermula. Hasil percantuman sperma dengan ovum menghasilkan zigot. Zigot yang terhasil mewarisi kebanyakan ciri-ciri kedua-kedua ibu bapa dan nenek moyangnya.

Rajah 3.1 : Sperma Rajah 3.2 : Ovum


Rajah 3.3 : Zigot (sperma + ovum)
Zigot yang terbentuk mula membahagikan kepada dua sel, kemudian setiap sel tersebut membahagikan kepada dua sel untuk menghasilkan empat sel seterusnya 4 sel tadi membahagi lagi untuk menghasilkan 8 sel dan seterusnya sehingga terbentuk 16 sel, 32 sel dan seterusnya sehinggalah terbentuknya selonggok sel-sel yang tersusun tidak ubah sepeti sebiji bola. Struktur 16 ini disebut sebagai morula. (. Kulitnya terdiri dari dua bahagian sel, iaitu lapisan kulit luar dan kelompokan sel-sel di satu bahagian. Lapisan kulit luar adalah bakal yang akan membentuk uri, iaitu lapisan tisu-tisu yang menyediakan permukaan yang akan menghubungkan lembaga dengan rahim ibunya.

Kelompokan sel-sel pula adalah bakal lembaga itu sendiri. Ruang yang dibendungi oleh sel-sel tersebut dipernuhi dengan cecair yang juga dikeluarkan oleh sel-sel tersebut. Cecair ini dipercayai mempengaruhi atau mencetuskan perkembangan lembaga selanjutnya. Pembahagian zigot ini berlaku sewaktu dalam perjalanan ke rahim iaitu sekitar tiga hingga empat hari.

Sementara lembaga sedang mengalami proses pembelahan sel-selnya, ia juga perlahan-lahan bergerak menuruni salur ovum menuju ke dalam rahim dengan pertolongan silia-silia dan cerutan salur ovum. Peringkat ini berakhir kira-kira dalam 3-4 hari setelah persenyawaan berlaku. Dalam tempoh 3-4 hari berikut pula, lembaga itu seolah-olah sedang bersiap sedia untuk membenamkan dirinya ke dalam dinding rahim. Kini, sel-sel dari kelompokan dalam sekali lagi bertukar corak untuk membentuk sel-sel yang bakal melahirkan lembaga manusia yang sebenarnya. Sehingga ke sat ini saiz keseluruhan lembaga itu masih lagi sama besar dengan telur asalnya dan ia masih lagi dibendungi oleh selaput telur.

Rajah 3.4 : Morula
Pembahagian sel menukarkan zigot kepada morula yang berbentuk bola tiga hari selepas persenyawaan. Persenyawaan dan pembentukan morula ini berlaku di dalam salur rahim. Kemudian satu ruang terbentuk di dalam morula dan menukarkan morula kepada blastosista. . Blastosista digerakkan secara lembut ke arah rahim dan kemudian terbenam ke dalam dinding rahim. Semasa proses pembenaman, blastosista di penuhi cecair yang memisahkan kepada dua lapisan sel iaitu lapisan luar yang bertanggungjawab bagi proses pembenaman dan lapisan dalam yang membentuk embrio. Perjalanan blastosista sehingga sampai ke dinding rahin mengambil masa lima hingga enam hari. Menjelang hari ke dua belah, blastosista telah terbenam sepenuhnya di dalam dinding rahim.

Rajah 3.5 : Blastosista


TRIMESTER KEDUA
FASA EMBRIO ( 4 HARI KE 3 BULAN)
Peringkat Embrio
Terimester kedua bermula dari fasa embrio ( 4 hari hingga 3 bulan). Pada kira-kira hari ke-7 selepas persenyawaan, selaput telur mulai terkoyak dan kini lembaga yang berkeadaan telanjang bulat itu mula merapatkan dirinya ke dinding rahim dan seterusnya tertanam perlahan-lahan sehingga terbenam ke dalam dinding rahim yang berkeadaan lembur dan basah itu. Bermula dari detik inilah lembaga beransur-ansur membesar dan berubah dari peringkat demi peringkat. Menjelang hari ke-12 blastosista telah terbenam sepenuhnya di dalam dinding rahim. Pembenaman blastosista dan perlekatan embrio ke dinding rahim berlaku dari akhir minggu pertama sehingga akhir minggu ketiga. Perkembangan zigot kepada blastosista berlaku tanpa disedari. Pada ketika ini, seseorang wanita tidak mengalami apa-apa tanda bahawa dia telah hamil.

Perkembangan pesat lembaga atau embrio berlaku dari minggu ke-3 hingga minggu ke-8. Embrio manusia yang sebenar muncul kira-kira pada minggu ke-3. Ia bermula sebagai lipatan beberapa lapisan bakal yang berubah perlahan-lahan menjadi embrio yang sempurna. Dalam minggu ke-4, embrio telah menunjukkan bakal kepala dan ekor yang jelas. Kini, ia berkeadaan melengkung seperti tanda koma; tali pusatnya kelihatan terjulur keluar berhampiran dengan ekor, menghubungkannya dengan uri. Kira-kira 3 arau 4 hari kemudian, muncul pula bayangan-bayangan mata dan tunas-tunas anggota. Perkembangan embrio bermula pada bahagian otak dan kepala. Sistem saraf yang mencukupi penting untuk membolehkan sistem-sistem yang lain berfungsi. Perkembangan cepat otak menyebabkan perkembangan kepala telah berkembang sehingga mencapai satu pertiga daripada panjang embrio. Panjang seluruh tubuh adalah kira-kira setengah inci iaitu hampir 10,000 kali berbanding dengan ovum yang telah bersenyawa .

Perkembangan jantung dan anggota juga berlaku pada peringkat ini. Jantung mula berdenyut pada akhir minggu ke-3. Semua organ utama dibentuk semasa minggu ke-4 hingga minggu ke-8. Dalam minggu ke-6, bahagian kepala dan matanya semakin berubah, sementara anggota hadapannya muncul perlahan-lahan. Anggota belakangnya muncul kemudian. Ketika ini, walaupun perubahan-perubahan telah banyak berlaku, lembaga itu masih lagi tidak menunjukkan sifat-sifat seorang manusia. Bayangan seorang manusia hanya kelihatan setelah kira-kira 3 hingga 4 hari kemudian dan beransur-ansur mencapai kesempurnaan dalam minggu ke-7. Kini, panjang lembaga itu telah meningkat lebih kurang 2 cm (3/4 incin) dan rahim manusia agak membesar sedikit, tetapi tanda-tanda mengandung pada si ibu masih lagi tidak jelas.

Bayangan seorang manusia semakin jelas menjelangnya minggu ke-8. Kepalanya agak besar sedikit dibandingkan dengan saiz badannya. Di bahagian kepadala juga kini telah muncul cuping telinga, hidung dan mulut. Anggota-anggota hadapan (tangan) dan belakang (kaki) kini hampir mencapai kesempurnaan setelah mengeluarkan jari-jari kecil yang lengkap (lima jari) serta berkeadaan terbuka. Perkembangan-perkembangan selanjutnya di bahagian kepala dan otak serta kepupusan bahagian ekornya dipercayai mencapai kesempurnaan pada akhir bulan kedua. Sementara itu, peralatan-peralatan utama seperti jantung, usus, buah pinggang dan sebagainya telah juga wujud serta memulakan kerja-kerjanya. Di kala ini, rupa paras dan sifat-sifat lembaga itu tidak lain dan tidak bukan seperti manusia, cuma saiznya sahaja terlalu kecil, iaitu kira-kira 2.5 cm (1 inci). Selepas daripada tarikh ini, perubahan-perubahan yang berlaku kepada lembaga hanyalah bertujuan untuk membesar bahagian-bahagian dan organ-organ yang telah sedia wujud itu sahaja; dengan lain perkataan, perubahan-perubahan besar tidak lagi berlaku selepas ini.

Peringkat tian (bayi yang masih lagi dalam kandungan) bermula pada akhir minggu ke-8. Menjelangnya bulan ke-3, tanda-tanda kehamilan semakin jelas terbayang di bahagian bawah pusat. Tian ketika ini kian membesar, tetapi tubuhnya masih lagi kecil dibandingkan dengan kepalanya. Panjang badannya setelah berakhir bulan ke-4 adalah kira-kira 7 inci dan berat badannya dianggarkan 100 gram (4 oz.). Dalam bulan-bulan tersebut juga kuku didapti keluar dari jari-jarinya. Ia kini telah menunjukkan tanda-tanda gerakalih, lantaran kerjasama antara otot-otot dan sistem-sistem sarafnya semakin baik. Dalam bulan ke-3, alat-alat kelaminnya masih lagi tidak dapat dibezakan sama ada jenis lelaki atau jenis perempuan, tetapi keadaan ini berubah setelah menjelangnya bulan keermpat. Pada akhir minggu ke-8, embrio sudah dilengkapi dengan sistem pendengaran, penglihatan, tulang, daging, kulit dan organ-organ asas, tetapi tidak berfungsi lagi. Embrio telah mempunyai organ pembiakan, iaitu testis pada embrio lelaki dan ovari pada embrio perempuan. Embrio ketika ini berukuran kira-kira 30 mm panjang dan mempunyai bentuk manusia.

Peringkat Janin atau Fetus

Peringkat ini bermula dari minggu ke-9 kehamilan sehingga bayi dilahirkan. Bermula dengan embrio yang sekecil buah walnut, janin membesar sehingga 50 kali ganda. Pada peringkat ini, organ yang terbentuk semasa peringkat embrio berkembang terus. Badan, kepala, lengan dan kaki berkembang dengan cepat. Begitu juga organ bagi peredaran darah, pernafasan dan pencernaan semuanya berkembang dengan pesat. Perkembangan saraf dan otot juga turut berlaku. Jantung mengepam darah melalui salur darah. Perkembangan otak berlaku dengan pesat. Janin lambat laun bertukar rupa seperti bayi.

Minggu ke-9 hingga ke-12

Pada awal minggu ke-9, ukuran kepala janin adalah separuh panjang badannya. Selepas itu, pertumbuhan badan janin pesat berlaku sehingga ahkir minggu ke-12, panjangnya meningkat dua kali ganda. Berat janin adalah kira-kira 4 gram. Pada peringkat ini, organ utama tubuh telah terbentuk, jantung berdegup cepat, darah beredar melalui salur darah, perut janin mula aktif dan ginjal mula berfungsi. Perubahan yang berlaku seterusnya ialah pertambahan dari segi saiz dan fungsinya. Uri kian membesar dan ketika ini mempunyai berat 6 kali ganda janin. Apabila organ seks telah terbentuk, maka jantina janin mungkin dapat dikenalpasti melalui ultrasound. Adakalanya lengan, kaki dan jari janin mula membuat pergerakan spontan tetapi tidak begitu dirasai oleh ibunya.


4.0 PERTUMBUHAN DAN AKTIVITI MOTOR JANIN

TRIMESTER KETIGA
FASA FETAL ( TIGA BULAN SEHINGGA LAHIR)

Minggu Ke-13 hingga Ke-16

Janin kini berukuran lebih kurang 18 cm (7 inci) panjang dan mempunyai berat kira-kira 100 gm. Kepala janin masih besar jika dibandingkan dengan tubuhnya. Jantungnya berdegup cepat dan otot-ototnya kini kian aktif. Biasanya jantina janin sudah dapat dikenalpasti ketika peringkat ini. Pada ketika ini juga (bulan ke-4), uri telah lengkap terbentuk dengan sempurna dan melekat pada dinding rahim. Bagaimanapun, perkembangan uri tidaklah sepesat sebelumnya. Berat uri hampir sama dengan berat janin. Janin dihubungkan ke uri melalui tali pusat. Tali pusat terdiri daripada salur darah yang membawa darah kaya zat makanan daripada ibu kepada janin dan juga darah yang mengandungi hasil sisa daripada janin kepada ibu untuk dikumuhkan.

Minggu Ke-17 hingga Ke-20

Janin kini mempunyai rupa bentuk manusia. Panjangnya lebih kurang 25 cm iaitu lebih kurang 10 inci, manakala beratnya kira-kira 300 g. Bulu roma halus disebut Lanugo mula tumbuh pada kulitnya. Rambut juga mulai tumbuh di kepalanya. Kuku mulai kelihatan pada jarinya. Pada bulan kelima, janin mula bergerak aktif dalam cecair amnion. Janin pada ketika ini menghisap jari, berpusing, sensitif terhadap cahaya dan juga menggerak-gerakkan kelopak mata. Si ibu pula mula terasa gerakan dalam rahimnya sepertu tendangan lembut janin. Gerakan ini lebih awal dirasai oleh ibu- ibu yang telah hamil. Bagi sesetengah wanita, gerakan ini lebih kerap terasa pada waktu malam.

Rahim beransur-ansur membesar selaras dengan pembesaran tian dalam bulan-bulan berikutnya. Dinding perut si ibu jelas sekali mengembang hingga ke aras pusat menjelangnya bulan ke-5, kemudian melampauinya dalam bulan ke-6. Kini, walaupun tian semakin membesar,urinya semakin mengecil. Ini bukanlah bermakna, kerja-kerja uri untuk memberkal serta menukarkan oksigen, makanan dan bahan-bahan kotor menjadi lemah, malah kerja-kerjanya semakin cekap sehinggalah ke sat-saat kelahiran.

Zat nutrien dan oksigen disampaikan kepada janin melalui tali pusat, bahan buangan juga dikeluarkan dari tubuh janin melalui tali pusat. Pada peringkat ini, perkembangan uri semakin perlahan, manakala janin teru membesar sehingga dibawah aras pusat. Janin kini lebih berat daripada uri. Walaubagaimanapun, kandungan masih berasa ringan.

Minggu Ke-21 hingga Ke-26

Janin kini berukuran lebih kurang 32 cm panjang dan mempunyai berat kira- kira 650 g. Kulit janin kelihatan kurang kemerahan dan diliputi bulu roma. Matanya mula membuka dan mengatup. Otak pada lengan dan kaki semakin kuat dan kental. Dalam bulan-bulan tersebut, gerakalih dan keadaan-keadaan diam-aktif tian semakin dirasai oleh si ibu. Rupa parasnya pada ketika ini betul-betul menyerupai manusia, peralatan-peralatan badannya hampir-hampir mencapai kesempurnaan. Tetapi, walau bagaimanapun paru-parunya masih lagi tidak boleh digunakan Jadi, tidaklah mungkin baginya hidup jika dilahirkan pada peringkat ini. Pada penghujung bulan ke-6, keseluruhan badannya diselaputi oleh rerambut-rerambut halus; kepalanya mulai ditumbuhi oleh rambut-rambut dan bulu keningnya juga muncul. Saiz tian kini meningkat kepada 3 cm (13 inci).

Aktiviti janin semakin meningkat dari segi kekerapan dan kekuatannya. Janin semakin membesar. Pada masa ini juga, bahan yangmembantu pengembangan peparu selepas lahir mula dihasilkan. Walaubagaimanapun, Sistem pernafasan belum lagi matang. Sekiranya kelahiran berlaku ketika ini, bayi tidak dapat hidup. Selera makan ibu juga bertambah baik. Dari bulan ke enam sehingga lahir, panjang keseluruhan tubuh janin meningkat dua kali ganda.




Minggu Ke-26 hingga Ke-38

Kandungan rahim semakin besar dan dinding perut terus menonjol keluar sehingga hampir ke aras dada menjelangnya blan-bulan ke-7, 8 dan 9. Dalam bulan-bulan ini si ibu boleh merasai dengan jelas gerakan-gerakan kandungannya yang agak cergas itu. Badan tian semakin berisi dengan tisu-tisu lemak. Kulit mukanya beransur-ansur menjadi licin dengan tisu-tisu tersebut. Sehingga bulan ke-9, panjang badannya telah mencapai kira-kira 45 cm (18 inci) dan beratnya kira-kira 5lb. Tian mempunyai peluang besar untuk hidup jika dilahirkan dalam bulan-bulan ke-7 dan 8. Ketika ini, walaupun semua organ-organ tubuh badan dan kelengkapan-kelengkapan luarnya telah sempurna, paru-parunya masih lagi tidak boleh digunakan dengan sepenuhnya., tambahan pula tulang-tulang serta tengkorak masih lagi lembut.

Pada masa ini, janin berukuran kira-kira 35 cm panjang dan mempunyai berat lebih kurang 1000 g. Bulan ke-7 atau minggu ke-8 dianggap masa yang penting. Janin yang dilahirkan selepas 28 minggu kemungkinan hidup kerana peparu dan salur darahnya telah berkembangang untuk membenarkan pertukaran gas. Pada peringakat ini, perkembangan peparu terus berlaku dan jumlah bahan yang membantu pengembangan peparu selepas lahir semakin meningkat. Pertumbuhan otak juga masih berlaku dengan cepat.

Badan janin kurus, manakala kulitnya masih kemerahan dan diliputi oleh lapisan pelindung yang dihasilkan oleh kelenjar kecil di kulit dikenali sebagai verniks kaseosa. Janin kini sudah mampu membuka matanya. Degupan jantung janin sudah dapat didengari dengan jelas oleh doktor. Janin aktif bergerak di dalam rahim dan ibunya terus merasai tendangan bayi dalam kandungannya. Ibu ketika peringkat ini cepat terasa lapar. Oleh itu, mereka dinasihatkan supaya makan lebih kerap tetapi tidak terlalu banyak bagi mengelakkan rasa senak perut kerana rahim mereka juga semakin membesar ke atas.


Minggu ke-30 hingga Ke-38

Ketika minggu ke-32, janin dianggarkan 42 cm panjang dan 1800 g berat. Kulitnya masih kemerahan, tetapi agak berkedut. Tulang kepalanya lembut. Peparunya juga sudah berkembang baik dan boleh mula berfungsi. Janin sudah mampu mendengar bunyi yang kuat dan memberi respons dengan menambah pergerakan kaki dan lengan.

Pada minggu ke-36, janin dianggarkan berukuran 46 cm panjang dan 2500 g berat. Berat badannya bertambah agak banyak dalam jangka masa 4 minggu. Ini kerana lebih banyak lemak terendap di bawah kulit dan di sekitar bahu. Kehadiran lemak ini penting dalam membantu mengawal suhu tubuh. Dengan bertambahannya lemak di bawah kulit, rupa janin yang dahulunya seperti orang tua yang berkulit nipis dan kelihatan berkedut berubah menjadi seorang bayi yang berisi. Pada minggu ini juga, berat dan juga lemak. Penurunan testis ke dalam skrotum berlaku pada waktu ini bagi janin lelaki. Perkembangan sistem saraf terus berlaku.

Selepas cukup bulan, janin telah mempunyai kesemua organ yang penting untuk menjalankan kehidupan selepas lahir tanpa bergantung kepada ibu. Rahim telah membesar sehingga mencapai aras bawah tulang sternum di hadapan. Janin sekarang hanya menunggu saat untuk dilahirkan ke dunia. Si ibu menunggu dengan gelisah manakala berakhirnya bulan ke 10 (mengikut peredaran bulan). Bulan ini atau minggu ke-40 merupakan detik-detik kematangan isi kandungannya. Dalam saat-saat ini, hampir 96 peratus isi kandungan itu berkedudukan normal, 3-4 peratus berkedudukan sonsang dan kira-kira 1 peratus berkedudukan mengiring. Saiz tian telah meningkat hampir-hampir dua kali ganda dan berat badannya kira-kira 7 ½ lb. Tian perempuan agak ringan sedikit. Permukaan bdannya licin, tetapi bulu-bulu roma halus masih lagi terdapat disekitar bahunya. Rambut-rambut juga kelihatan di kepala yang kini telah mencapai keseimbangan dengan saiz badannya, iaitu saiznya lebih kurang sesuku daripada saiz badan. Semua peralatan luar tubuh badan seperti telingan luar (termasuk cuping telinga), mata, hidung, mulut dan alat-alat kelaminnyatelah berseda menghadapi suasana di luar rahim. Tian ketika ini seolah-olah sedang menunggu saat yang baik saja untuk keluar ke dunia.

Rajah 4.0 : Pertumbuhan Janin (a)


Rajah 4.1 : Pertumbuhan Janin (b)

5.0 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI BERAT JANIN

1. Makanan Yang Diambil Oleh Ibu
- Ibu yang sedang mengandungkan bayi seharusnya mengamalkan permakanan yang sihat. Mengikut Krause ( 1984 ) persekitaran yang sihat untuk janin akan terhasil apabila ibu mengambil makanan seimbang untuk dirinya, bebas daripada penyakit dan mematuhi arahan doktor.
2. Kesihatan Ibu
- Ibu yang kurang vitamin, garam galian dan protein akan ternyata memberi kesan terhadap bayi dalam kandungan. Contohnya kekurangan vitamin akan mempengaruhi mata dan organ-organ dalaman bayi, kurang zat besi menyebabkan bayi kekurangan darah dan kekurangan zink menyebabkan sistem saraf bayi rosak.
3. Umur Ibu Ketika Mengandung
- Jika ibu terlalu muda sistem peranakan mungkin tidak begitu matang, anak kadang-kadang rendah berat badan, mengalami kecacatan fizikal dan saraf serta mungkin terencat akal. Bagi ibu yang berumur lebih daripada 40 tahun pula mungkin wujud keabnormalan kromosom yang boleh membawa kepada bayi sindrom down.
4. Tabiat Ibu Yang Merokok
- Terdapat kajian yang dijalankan oleh Nieburg et al, 1985 yang menyatakan bahawa kerencatan pembesaran berlaku apabila ibu merokok melebihi lima batang rokok dalam sehari. Selalunya ibu-ibu yang merokok semasa hamil akan melahirkan bayi yang sama ada rendah berat badan, meninggal atau keguguran. Sesetengah pendapat mengatakan bahawa, ibu yang tidak merokok akan menyalurkan oksigen sepenuhnya kepada janin tetapi ibu yang merokok menyalurkan oksigen bercampur gas, tar dan nikotin kepada janin.






RUJUKAN

Jamilah Jamaludin, 1998. Perkembangan Manusia Dari Janin Ke Dewasa.
KualaLumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jan Langman, 1981. Medical Embryology. London : The William & Wilkins Company

Ma’rof Redzuan, Haslinda Abdullah. 2004. Pengantar Psikologi. Edisi kedua. Universiti Putra Malaysia: Mc Graw Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Safian Sulaiman, 1979, Dari Segumpal Darah : Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors sdn. bhd.

ASSIGNMENT LARI PECUT

1.0 SEJARAH LARI PECUT

Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga yang pernah dicatatkan.Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah pertandingan dalam kalangan pekerja serta orang suruhan bangsawan. Pada abad ke-19 lari pecut menjadi semakin popular. Acara stade adalah antara acara yang mula-mula dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini juga merupakan panjang stadium yang digunakan. Berikutan ini acara ulang alik yang dinamakan ‘dialos ‘ berjarak 384 (192 meter x 2 ) diadakan.
Pada zaman olimpik kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang dibina melintang keluasan stadium berkenaan.Blok permulaan diperbuat daripada ketulan batu marmar. Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz tapak kaki. Semua atlet menggunakan blok yang tetap walaupun saiz kaki mereka berbeza. Pagar permulaan yang dinamakan husplex digunakan untuk memulakan perlumbaan. Perkembangan lari pecut pada abad 19 terbatas kerana tiada undang-undang dan peraturan-peraturan, prosedur permulaan dan penjagaan masa yang tepat. Pelbagai cara permulaan digunakan, sehingga menjadi masalah mengenai cara mana yang patut digunakan. Walaubagaimanapun persetujuan dibuat untuk menjadikan cara permulaan berdiri sebagai cara permulaan yang paling baik dan diterima oleh semua pihak.
Pada tahun 1880an ramai jurulatih membuat percubaan cara memulakan sesuatu larian. Antara permulaan awal ialah “pencil start”, di mana para atlet berlari 20 meter pertama dengan memegang pensil. Permulaan dimulakan dengan persetujuan dan tembakan. Kemudian wujudlah gaya dekam pada tahun 1884. Di Australia gaya ini dikenali sebagai kangaroo start. Sebelum tahun 1921 kebanyakkan pertandingan hanya untuk lelaki sahaja, pertandingan pertama untuk wanita telah diperkenalkan pada tahun 1921 di Monte Carlo.

Dalam acara 100 meter, rekod rasmi lelaki yang pertama dilakukan oleh Harald Andersson dari Switzerland pada tahun 1890 dengan catatan 11.0, Marlies Gohr dari Jerman pula adalah pemegang rekod pertama dengan 10.88 saat yang dibuat pada Sukan Olimpik tahun 1928. dalam acara 200 meter, rekod larian sebelum olimpik moden dibayangi oleh larian yang dibuat pada jarak lurus tanpa selekoh. Charles Wood merupakan orang pertama yang mencatat 22 saat. Bagi wanita acara 200 meter diperkenalkan dalam Sukan Olimpik 1948, Wilma Rudolph dari Amerika Syarikat adalah pemegang rekod pada tahun tersebut dengan masa 22.9. Dalam acara 400 meter, Maxie Long adalah orang pertama yang berjaya mencatat masa 47.8 saat dan dipecahkan oleh Lee Evans pada tahun 1968 dengan masa 43.86 saat. Marlene Mathews dari Australia telah mencatat masa 57.0 saat bagi wanita dan masa ini telah diperbaharui iaitu di bawah 50 saat oleh Irena Szewinska dari Poland dengan catatan masa 49.9 saat pada tahun 1974. Marita Koch dari Jerman pula telah berjaya mencatat masa 48.94 saat pada tahun 1978.

2.0 LARI PECUT

Lari pecut ialah acara olahraga jarak dekat (100m, 200m, dan 400m) yang memerlukan tenaga tinggi seperti tenaga anerobik untuk membuat larian sepantas mungkin. Dua faktor asas mempengaruhi kepantasan seorang pelari iaitu panjang langkah dan kekerapan langkah.

A. Arahan Permulaan
Untuk semua acara 400 meter dan termasuk 400 meter, arahan untuk memulakan perlumbaan adalah “ ke garisan, sedia, ‘bang’ “.

B. Teknik Mula Lari Pecut
Terdapat dua teknik iaitu gaya berdiri dan daya dekam. Untuk pertandingan masa kini, gaya dekam digunakan dan semua pelari dikehendaki menggunakan blok permulaan.

2.1 Gaya Berdiri
Gaya berdiri biasanya dipraktikkan oleh para pelajar sekolah dalam kelas pendidikan jasmani atau dalam gerak kerja kokurikulum. Gaya ini paling digemari di sekolah rendah rendah kerana ia merupakan gaya yang paling berkesan.Walau bagaimanapun ia tidak digunakan untuk acara ini dalam pertandingan rasmi.


2.1.1 Persediaan
Peserta bersedia beberapa meter di belakang garisan mula sebelum arahan ‘ke garisan ‘ diberi.

2.1.2 Ke garisan
Pelari bergerak ke hadapan dengan meletak hujung kaki hadapan rapat kepada garisan mula tanpa menyentuhnya manakala kaki belakang sedikit ke belakang , kira-kira 30-40cm dan mengimbangkan badan.
Bengkokkan kaki hadapan dan berat badan lebih pada kaki hadapan.
Condongkan badan ke hadapan.
Kedua-dua belah tangan bersedia di sisi dengan tangan bertentangan dengan kaki hadapan . Jika kaki kiri di hadapan maka tangan kanan mesti diletakkan di hadapan.

rajah 2.1.2 Ke garisan

2.1.3 ‘Sedia’
Condongkan badan ditambah ke hadapan dan mata pandang ke hadapan.
Bengkokkan lutut kaki hadapan.
Kaki belakang tolak ke tanah.
Badan tidak bergerak dan tumpu perhatian kepada tmbakan pistol ataupun tiupan wisel.

rajah 2.1.3 Sedia

2.1.4 ‘bang’ atau ‘mula’
Pelari mula bergerak bila dengar tembakan dengan menolak kuat kaki hadapan.

rajah 2.1.4 ‘Bang’ atau Mula

2.2 Gaya Dekam
Sejak Sukan Olimpik Moden pada 1896, teknik lari pecut tidak berubah pada prinsipnya. Pemenang acara 100m, Thomas Burke dari Amerika Syarikat menggunakan gaya dekam yang serupa dengan gaya peluru pada masa ini.Gaya ini sangat rumit tetapi boleh diajar kepada pelari baru. Gaya ini boleh dibahagikan kepada tiga iaitu gaya pendek atau peluru, gaya sederhana dan gaya panjang.


2.3 Fasa-Fasa Dan Teknik-Teknik Lari Pecut

Mengikut pakar fasa lari pecut boleh dibahagikan kepada yang berikut:

1) Fasa permulaan

2) Fasa larian

a) Fasa pecutan
b) Fasa kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan
c) Fasa larian di selekoh

3) Fasa penamat

2.3.1 Fasa Permulaan

Bukan semua atlit adalah sama dari segi teknik permulaan. Walaupun terdapat banyak variasi, pada amnya terdapat tiga cara iaitu:

1. Gaya Peluru (Bullet/Bunch/ Kangaroo Start)
2. Gaya sederhana (Medium Start)
3. Gaya Panjang (Elongated Start)

Memulakan Larian Tanpa Blok Permulaan

1. Gaya peluru
a) Berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1 ½ tapak.
b) Hujung tapak kaki belakang segaris dengan hujung tapak kaki hadapan.

2. Gaya sederhana
a) Berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau setengah tapak kaki.
b) Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tapak kaki hadapan.
c) Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.
3. Gaya panjang
a) Berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau l ½ tapak.
b) Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tumit kaki hadapan.
c) Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

MEMULAKAN LARIAN DENGAN BLOK

Blok permulaan membantu pelari untuk memulakan larian dengan cepat.Terdapat banyak variasi yang dicadangkan oleh ramai jurulatih tetapi kita akan melihat gaya, yang dicadangkan oleh Mach seorang atlit dan jurulatih yang berwibawa (dalam Payne, 1985).

Gaya larian juga melibatkan tiga gaya:

1) Gaya peluru
- Dalam gaya ini blok permulaan adalah rapat dengan garis permulaan. Blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

2) Gaya sederhana
- Gaya ini meletakkan blok pertama dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

3) Gaya panjang
- Blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang tiga tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.


PENEMPATAN BLOK PERMULAAN YANG LEBIH TEPAT
Chris Brooks (1981) dalam bukunya bertajuk Women’s hurdling: Novice, to championship mengemukakan satu cara penempatan blok yang Iebih tepat. Cara ini melibatkan ukuran panjang kaki.


Panjang kaki Dari Trochanter ke tanah
Penempatan blok hadapan Panjang kaki ____ × 0.55
Jarak antara blok Panjang kaki ____ × 0.42

Contoh = 86 cm
Penempatan blok pertama = 86 × 0.55 = 47.30 cm
Jarak antara blok = 86 × 0.42 = 36.12 cm


rajah 1:blok permulaan padang rajah 2:blok permulaan trek



PENEMPATAN BIOK DI SELEKOH
Acara larian 200 m dan 400 m melibatkan bahagian selekoh dan dengan itu penempatan blok permulaan adalah berbeza berbanding dengan acara 100m. Blok diletakkan berhampiran dengan garis luar lorong dan bahagian hadapan ditujukan ke garis dalam Iorong supaya bahagian dalam blok adalah tangen kepada garis dalam.

2.3.2 Fasa Pecutan
Selepas arahan pelepas ‘ke garisan' diberi, pelari mengambil tempatnya di blok permulaan.

KEDUDUKAN TANGAN:
Tangan adalah lurus dan dibuka seluas bidang bahu individu. Ibu jari dan jari penunjuk dibuka dengan luas dan jari-jari lain adalah rapat di antara satu sama lain, diletak di beIakang garis mula.

KEDUDUKAN KEPALA DAN LEHER:
KepaIa dari Ieher didongak sebagai sebahagian dari 'torso'. Mata pandang ke hadapan dengan penuh tumpuan. Selepas arahan 'sedia' diberikan,pinggul diangkat tinggi dan badan condong ke hadapan.

PERGERAKAN TANGAN DAN KAKI:
Selepas 'bang' atau tembakan pistol, pergerakan ke hadapan (bukan ke atas) dimulakan. Diikuti dengan pergerakan kuat tangan dan kaki.
Tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan pergerakan ke hadapan.Tangan lain digerakkan: ke belakang dengan kuat. Tangan dibengkokkan 90 darjah.

LUTUT
Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan cepat dan pada tahap rendah. Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya. Fasa pecutan melibatkan larian dalam jarak di antara 30 hingga 60 meter, kedudukan badan berubah dari rendah ke condong ke hadapan. Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini.




TEKNIK KELAJUAN MAKSIMUM DAN PENGEKALAN KELAJUAN
Fasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter dan 60 meter. Dalam lari pecut, pecutan berlaku awal dalam larian.
Sebenarnya 95% daripada kelajuan maksimum dicapai pada kira-kira 18 meter. Apabila seorang atlet mencapai kelajuan maksimum, kadar pecutannya akan ditentukan oleh tahap daya tahan ototnya. Tambahan pula seseorang atlet tidak mungkin boleh berlari pada kelajuan maksimum lebih dari jarak 14 - 18 meter, maka apa yang diperlukan oleh atlit ialah untuk mengekalkan kelajuan yang lebih rendah dari kelajuan maksimum.

TEKNIK LARIAN DI SELEKOH
Pada bahagian selekoh, semakin laju atlit berlari, semakin kuat kuasa 'centrifugal'. Untuk memastikan larian selekoh adalah berkesan ataupun untuk rnengimbangkan kuasa 'centrifugal', seorang pelari seharusnya merendahkan badan ke arah dalam.
Tangan kiri terus dihayun lurus, manakala tangan kanan menyilang badan mengarah ke dalam

2.3.3 Teknik Penamat
Faktor yang paling penting untuk menamatkan sesuatu larian ialah atlet berlari 10 meter lebih dari jarak lariannya; sebagai contoh 110 m untuk 100 m dan 210 m untuk 200 m.
Jadi dengan itu adalah mustahak bagi seorang atlit untuk terus pecut sehingga melewati garis penamat. Cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah untuk menonjolkan bahagian torso ke hadapan, mengangkat bahu ke atas dan menarik tangan ke belakang.





2.4 PERATURAN

2.4.1 Peraturan 121 Penjaga Masa
Bilangan penjaga masa yang mencukupi perlu disediakan untuk acara trek.
Tiga orang penjaga masa rasmi adalah diwajibkan dengan satu atau dua penjaga masa tambahan bagi mengambil masa pemenang. Salah seorang merupakan Ketua Penjaga masa. . ' .
Penjaga masa mesti ditempatkan segaris dengari garis penainat. Jika boleh mereka ditempatkan sekurang-kurangnya 5 meter dari garis tepi trek dan berada di atas bangku bertingkat (tangga kambing).
Setiap penjaga masa bertindak sendirian dan Ketua Penjaga Masa menentukan masa untuk setiap peserta.

2.4.2 Peraturan 160
Untuk pengambilan masa dengan tangan, masa perlu dibaca kepada 1/10 saat lebih panjang. Contoh: 10.15 s dibaca sebagai 10.25 s.
Masa mula dikira bila asap tembakan dilihat.
Dalam kes tiga jam randik digunakan, pertimbangan berikut boleh diambil:
a) Jika dua daripada tiga masa adalah sama, maka masa yang sama itu adalah masa rasmi. Contoh: 10.9,10.1,10.1; masa rasmi 10.1s.
b) Jika ketiga-tiga masa adalah tidak sama, maka masa yang tengah adalah masa rasmi. Namun begitu,jika salah satu terlalu beza dengan dua masa yang lain, maka masa itu tidak boleh dikira.
Contoh:
Jam 1 Jam 2 Jam 3
11.6 11.5 11.2
( 11.2 tidak dikira masa rasmi = 11.6)
Dalam kes ini keputusan 3 (c) adalah berkaitan.
c) Jika dua jam digunakan dan masa adalah tidak sama, maka masa yang lebih panjang diterima sebagai masa rasmi.

TEKNIK LARI PECUT.

Bagi seorang atlit, teknik dan gaya larian merupakan faktor utama untuk menempa kejayaan. Di sini diterangkan bagaimana untuk mendapatkan kesan yang maksimum dalam melakukan pecutan dan larian.
Lari pecut dalam sukan olahraga adalah larian terpantas dibandingkan dengan acara-acara lain. Larian pantas ini bergantung pula kepada beberapa faktor seperti jarak, kelajuan angin, permukaan balapan, jenis kejohanan dan taraf pelari yang mengambil bahagian dan mungkin juga insentif yang ditawarkan.

Berlari merupakan aktiviti yang sihat dan menyeronokkan. Amat sukar bagi seseorang untuk berlari dengan pantas sekiranya tidak mempunyai ciri-ciri yang membolehkan dia bertindak sedemikian. Untuk berlari dengan pantas seseorang perlu kemahiran yang tinggi, fikiran dan kebolehan, dan sebaik-baiknya adalah kebolehan semulajadi. Latihan yang teratur dan berjadual akan membolehkan seseorang menjadi pelari yang baik menerusi potensi yang sedia ada dalam diri seseorang.
Ada dua faktor yang boleh dikuasai oleh pelari-pelari pecut iaitu faktor kelajuan dan jarak langkah semasa berlari. Untuk menguasai kelajuan kaki, pelari haruslah mempunyai koordinasi, kelenturan yang tinggi dan keupayaan merehatkan diri atau badan semasa berlari.

Bagi faktor jarak langkah pula ianya bergantung kepada panjang kaki, kekuatan dan mobiliti semasa bergerak. Pelari biasanya mempunyai jarak langkah 1.5 meter hingga 2 meter. Jarak langkah boleh ditingkatkan dengan latihan yang menekankan kepada latihan pergelangan kaki, lutut dan sendi pinggang.



3.0 KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS LARI PECUT

Acara-acara lari pecut yang dipertandingkan di sekolah rendah ialah 100 meter, 200 meter, 4 X 100 meter dan 4 X 200 meter. Manakala di sekolah menengah pula,acara yang dipertandingkan ialah 100 meter, 200 meter, 400 meter, 4X100 meter dan 4 X 400 meter.

3.1 PERMULAAN
Teknik permulaan - permulaan berdekam ( "crouch start" )

Pengukuran untuk permulaan blok hadapan ialah dengan berpandukan kepada tapak kaki dari garisan permulaan. Condongan muka blok hadapan adalah antara 50 hingga 60 darjah. Condongan muka blok belakang pula ialah 80 darjah.

Jarak antara blok hadapan dan blok belakang ialah antara 1 hingga 1 1/2 tapak kaki bergantung pada panjangnya kaki dan keselesaan pelari.
3.2 ‘KE GARISAN’
Keadaan badan agak relaks. Tangan diletakkan di belakang garisan permulaan. Kedudukan tangan adalah mendepa seluas bahu. Sementara itu, ibu jari dan jari telunjuk dibuka dan jari-jari yang lain dirapatkan.

3.3 'SEDIA'
Berat badan dipindahkan ke hadapan supaya terletak di atas kedua- kedua belah tangan. Bahu lebih ke hadapan sedikit daripada kedua-dua belah tangan. Punggung diangkat sehingga lutut kaki hadapan adalah 90 darjah dan kedudukan punggung lebih tinggi sedikit daripada bahu

3.4 MULA BERLARI
Tolak dari kaki hadapan sambil mengangkat tangan. Pada masa yang sama, bawa kaki belakang ke hadapan dari blok belakang. Lutut kanan hendaklah diluruskan dan pinggang untuk langkah pertama semasa permulaan larian. Badan dicondongkan sedikit ke hadapan semasa awal larian. Langkah pertama semasa mula berlari ialah kaki belakang iaitu kaki kiri mendarat terlebih dahulu. Kaki tolakan diangkat dan dibawa ke hadapan.Badan diangkat sedikit demi sedikit iaitu dengan mengurangkan condongan badan.


3.5 HAYUNAN TANGAN

i. Kedua-dua tangan bengkok - sudut lebih kurang 90 darjah.
ii. Jari-jari tangan dalam keadaan separuh genggam atau terbuka - agak relaks, bukan genggam secara tegang.
iii. Hayunan tangan - pantas .

3.6 PERTENGAHAN LARIAN
i. Badan tegak.
ii. Lutut diangkat tinggi.
iii. Tolakan dengan
bebola/hujung kaki.



3.7 TAMAT LARIAN

i. Apabila sampai ke garisan
penamat, lakukan "dip" kepala ditunduk sedikit dan bahagian atas badan
( "torso" ) dicondong sedikit ke hadapan atau 'mendada' garisan penamat dengan keadaan kepala sedikit mendongak.
ii. Lari dengan pantas sehingga melepasi garisan penamat, bukan mengurangkan kepantasan beberapa langkah sebelum garisan penamat.



4.0 LATIHAN KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS

4.1 AKTIVITI-AKTIVITI WAJIB
Aktiviti berikut perlu dilakukan setiap kali mengadakan latihan lari pecut:

4.1.1 - JALAN MENENDANG KAKI KE BELAKANG
i. Jalan seperti biasa.
ii. Gerakkan tangan seperti gerakan tangan semasa
berlari - bengkok pada siku dan digerakkan ke hadapan dan ke belakang bertentangan dengan kaki di hadapan.
iii. Setiap kali mengangkat kaki - tumit kaki
ditendang ke belakang dan ke atas seolah-olah ingin menendang punggung sendiri.
iv. Lakukan aktiviti secara berulang-ulang sejauh 5 hingga 8 meter - pusing, patah balik dengan pelakuan yang sama.
v. Ulangi aktiviti ini sebanyak 5 atau 6 kali.

4.1.2 - JALAN MENDARATKAN BEBOLA KAKI DAHULU
i. Jalan seperti biasa - gerakkan tangan seperti
gerakan tangan semasa berlari.
ii. Semasa kaki mendarat di hadapan - mendaratkan
be bola kaki dahulu dengan keadaan lutut bengkok, diikuti oleh tumit kaki.
iii. Lakukan peri'daratan kaki cara- ini secara
berulang-ulang sejauh 5 hingga 8 meter. Pusing dan patah balik dengan pelakuan yang sama.
iv. Ulangi aktiviti ini sebanyak 5 atau 6 kali.

4.1.3 - JALAN DENGAN LUTUT DIANGKAT TINGGI

i. Jalan seperti biasa - tinggikan hayunan tangan.
ii. Semasa kaki dibawa ke hadapan, lutut diangkat seberapa tinggi yang boleh.
iii. Lakukan aktiviti mengangkat lutut tinggi secara beruang-ulang sejauh 5 hingga 8 meter. Pusing dan patah balik dengan pelakuan yang sama.
iv. Ulangi aktiviti ini sebanyak 5 atau 6 kali.

4.1.4 - JALAN DENGAN KAKI LURUS KE HADAPAN

i. Jalan seperti biasa - hayunkan tangan seperti semasa berlari.
ii. Apabila mengangkat lutut tinggi ke hadapan, luruskan kaki ke hadapan dahulu sebelum mendaratkan kaki.
iii. Lakukan aktiviti secara berulang-ulang sejauh 5 hingga 8 meter.
iv. Pusing dan patah balik dengan pelakuan yang sama.
v. Ulangi aktiviti sebanyak 5 atau 6 kali.



4.2 GABUNGAN KESEMUA 4 CARA BERJALAN
i. Aplikasikan kesemua 4 cara berjalan seperti yang diterangkan di atas.
ii. Gabungan dilakukan seeara berterusan, iaitu tanpa berhenti.
iii. Tidak perlu ikut turutan tertentu. Boleh tukar bila-bila masa secara rawak. Jarak untuk melakukan sesuatu cara jalan serta jarak keseluruhan pelakuan terpulang kepada keperluan dan kemampuan atlet berkenaan.
iv. Latihan dilakukan seeara pantas - hayunan tangan pun pantas seperti aksi larian.
v. Dicadangkan latihan diadakan seeara berulang-alik di atas trek 100 meter atau keliling trek larian.



4.3 LATIHAN RINTANGAN ("RESISTANCE TRAINING")

4.3.1 LARI MENARIK RAKAN
i. Dalam pasangan - A sebagai Pelari dan B sebagai penahan.
ii. A berlari di hadapan dengan Gelung getah di bahagian abdomennya.
iii. B berpegang kedua-dua hujung gelung getah dan cuba memperlahankan larian A.
iv. A terpaksa berusaha keras - cuba menarik B sambil berlari.
v. Lakukan aktiviti sejauh 30 meter.
vi. Tukar peranan - ulangi aktiviti.

4.3.2 LARI MENARIK TAYAR
i. Perseorangan.
ii. 1 atau 2 tayar kereta ( bergantung pada kemampuan atlet ) diikat pada pinggang atlet.
iii. Lari sambil menarik tayar di belakang.
iv. Lari sejauh 30 meter rehat 1 atau 2 minit, kemudian ulangi aktiviti.
v. Ulangi aktiviti beberapa kali - bilangan ulangan bergantung pada kemampuan atlet berkenaan

4.4 LATIHAN DENGAN PENGEJAR
i. Dalam pasangan.
ii. A dan B berlari sambil memegang satu batang rotan dengan tangan kanan - A di hadapan dan B di belakang.
iii. Apabila A melepaskan batang rotan, B pun melepaskan batang rotan dan terus mengejar A sehingga boleh menyentuh/memotongnnya.
iv. B diberi jarak 30 hingga 50 meter untuk menyentuh/memotong A.
v. Tukar peranan dan ulangi aktiviti.

Variasi

i. A dan B berlari anak, A di hadapan dan B, 5 atau 6 langkah di belakangnnya.
ii. Apabila wisel dibunyikan, kedua-dua A dan B memecut dengan B cuba menyentuh/memotong A.
iii. B diberi jarak antara 30 hingga 50 meter untuk mencapai objektifnya.
iv. Tukar peranan dan ulangi aktiviti.

4.5 LATIHAN MEMECUT
i. Dalam pasangan.
ii. 2 garisan, X dan Y dilukis di atas trek larian, berjarak 6 meter.
iii. A ditempatkandi hadapan garisan Y dan B, 20 meter di belakang garisan X.
iv. Bermula dengan B berlari pantas ke arah A. Apabila B tiba di garisan X, A mula memecut.
v. B cuba mengejar dan menyentuh A sejauh lebih kurang 40 meter.
vi. Rehat 1 atau 2 minit. Ulangi latihan.
vii. Tukar peranan A dan B.
4.6 LATIHAN MENAMATKAN LARIAN
i. Dalam pasangan.
ii. 2 garisan X dan Y dilukis di atas trek larian - jarak 20 meter - garisan Y merupakan garisan penamat.
iii. A berdiri 25 meter di belakang garisan X dan B, 1 atau 2 meter di hadapan garisan X.
iv. A berlari pantas ke arah B. Apabila A tiba di garisan X, B pun memecut ke arah garisan Y.
v. A cuba mengejar dan memotong B sebelum garisan Y - kedua-dua pelari dikehendaki berlari terus melepasi garisan Y - melakukan "dip" pada garisan Y sekiranya jarak antara A dan B tidak jauh berbeza ..
vi. Rehat antara 3 hingga 5 minit - ulangi aktiviti. Tukar peranan A dan B dari semasa ke semasa.


5.0 LATIHAN ANSUR MAJU

5.1 Latihan mendorong
1. Berlari dalam kawasan terhad dan menyentuh objek yang dimaklumkan.
2. Berlari mengutip pundi saga/kacang secara berganti-ganti dalam kumpulan.
3. Larian baying-bayang secara berpasangan, seorang mengejar dan seorang lagi berlari untuk mengelakkan diri disentuh.
4. Lari berganti-ganti ulang-alik : larian20 meter berkumpulan .

5.2 Larian teknik pecut
1. Berlari dengan melangkah panjang.
2. Berjalan dengan lutut tinggi , berlari dalam kumpulan, mengangkat lutut.
3. Berjalan dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan.
4. Berlari skip dengan bahagian bawah kaki diluruskan.
5. Berlari dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan.
6. Berlari menyepak ke belakang.

7. Berlari dengan lutut tinggi dan memecut.
8. Latihan pergerakan tangan; berkumpulan berlatih menggerakkan tangan 90 darjah di siku dan bergerak dari pinggul ke paras hidung.



5.3 LATIHAN KEKUATAN KAKI DAN LATIHAN PECUTAN.
1. Melonjak untuk jarak.
2. Melangkah panjang ( bounding)
3. Melonjak dan melangkah melepasi halangan.




6.0 PEMBAWAAN GENETIK PELARI PECUT
Genetik memainkan peranan yang penting dalam menentukan prestasi atlit Kenyataan ini jelas telah dibuktikan oleh pencapaian keluarga Hj. Sidek. Malaysia menjuarai semula Piala Thomas dalam permainan badminton selepas 25 tahun dan separuh dari skuad tersebut dianggotai oleh anak-anak Hj. Sidek (Razif Sidek, Jailani Sidek, Rashid Sidek dan Rahman Sidek). Warisan memainkan peranan yang penting dalam prestasi kerana aras maksima penggunaan oksijen bergantung kepada faktor genetik.
Bouchard etal (1992) merumuskan bahawa warisan memberikan varian di antara 25-50% pada nilai penggunaan maksima oksijen. Berdasarkan kepada fakta ini warisan sahaja bertanggung-jawab di antara ¼ - ½ dari jumlah pengaruh terhadap prestasi. Smith et al. (1992) mencadangkan pembawaan genetik perlu diberi perhatian yang serius dalam pemilihan pemain bola tampar antarabangsa. Beliau berpendapat adalah lebih mudah untuk melatih atlit yang mempunyai keperluan genetik yang khusus terhadap sesuatu sukan kerana tindakbalas terhadap program latihan ditentukan oleh faktor baka.
Gualdi dan Graziani (1993) berpendapat prestasi atlit dibatasi oleh beberapa faktor genetik dan persekitaran. Sebagai contohnya gentian otot adalah sangat penting untuk memandu atlit mencari acara yang paling sesuai untuk diceburi. Ini adalah kerana manusia dipengaruhi oleh dua gentian otot iaitu gentian otot merah (Slow-Twitch) dan gentian otot putih (Fast-Twitch).
Meroetal(1981) memeriksa penghasilan daya ke atas pelari pecut pada tiga kumpulan yang berbeza (100m=10.7s, 11.1 dan 11.5s). Mereka mendapati kumpulan terbaik mempunyai 66.2% gentian otot putih, pertengahan 62.0% dan kumpulan paling lemah 50.4% pada otot vastus lateralis. Kenyataan ini membuktikan pembawaan genetik merupakan faktor yang menentukan jenis sukan yang sesuai diceburi oleh seseorang.
McArdle et al. (1996) berpendapat jika individu mempunyai pembawaan mendapatkan penggunaan oksijen yang maksima perlu melengkapkan diri dengan latihan yang lasak bagi mencapai prestasi yang optima.


7.0 KOMPOSISI BADAN PELARI PECUT

Komposisi badan memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan kejayaan atlit. Perkara yang mustahak di sini ialah "Fat Free Mass" dan "Fat Mass". Jisim badan mesti sesuai dengan sukan dan bentuk badan yang ideal untuk jenis sukan adalah pelbagai. Kepelbagaian bentuk badan adalah sesuai untuk posisi yang berbeza dalam suatu jenis sukan umpamanya permainan ragbi mempunyai "hooker", "prop", "forward" dan "three-quarter".
Nilai pengetahuan tentang komposisi badan adalah lebih tinggi untuk meramalkan prestasi atlit jika dibandingkan dengan hanya sekadar mengetahui jisim dan ketinggian atlit sahaja. Menurut Willmore dan Costill (1994) adalah lebih baik jika jurulatih berupaya mengujudkan jisim badan piawai bagi sesuatu jenis sukan dan hendaklah berdasarkan kepada komposisi badan .
Atlit yang mengalami lebih jisim badan akan mengalami kemerosotan prestasi. Peningkatan jisim 9Kg mengambil masa 9-12 bulan untuk dipulihkan. Ringkasnya jisim badan yang piawai adalah ciri terbaik dan ideal tetapi sukar dipraktikkan. Oleh itu dengan hanya mempunyai bentuk badan yang sesuai sahaja belum cukup untuk menjamin prestasi yang optima kerana manusia sukar diramalkan tingkah lakunya.


7.1 ASPEK MORFOLOGI

Morfologi berkait rapat dengan fisiologi dan biomekanik pergerakan badan manusia. Tanner (1964) merumuskan bahawa adalah mustahil untuk atlit mencapai kejayaan jika mempunyai bentuk badan yang tidak sesuai dengan sukan yang diceburi. Oleh itu buat masa sekarang ahli-ahli kinanthropometry giat mengkaji bentuk badan manusia.
Kinanthropometry adalah merupakan sub-displin fisiologi dan merupakan bidang yang baru. Bidang ini mengkaji secara kuantitatif tentang saiz, bentuk, perkadaran, komposisi dan kematangan berkait dengan fungsi motor dan banyak digunakan untuk memilih pemain.
Perkadaran saiz mungkin sesuai untuk sesuatu jenis sukan. Sebagai contohnya dalam sukan angkat berat, secara teorinya atlit perlu mempunyai tuas yang lebih pendek untuk penghasilan daya. Umumnya ahli sukan angkat berat mempunyai tuas yang lebih pendek dan ini adalah merupakan perkadaran saiz atlit tersebut.
Morphology merujuk kepada bentuk dan struktur badan Willmore dan Costill (1994) dan biasanya dibahagikan kepada tiga komponen:
i. Muscularity
ii. Linearity
iii. Fatness
Setiap atlit mempunyai kombinasi yang unik dari ketiga-tiga komponen ini. Atlit dalam sukan yang tertentu akan menunjukkan pengaruh yang kuat dari satu komponen mengatasi dua komponen yang lain.
Carter et al. (1982) merumuskan bahawa kebanyakan atlit mempunyai keseimbangan di antara muscularity dan linearity, tetapi muscularity kebanyakanya dimonopoli oleh atlit lelaki.
Costill 1972 mendapati bahawa pelari marathon umumnya rendah dan mempunyai jisim badan yang rendah. Walau bagaimana pun pelari pecut secara puratanya lebih besar jika dibandingkan dengan pelari-pelari dalam acara yang lain. Pelari pecut bertaraf dunia mempunyai ketinggian di anatara 1.57- 1.90m dan berjisim di antara 63.4-90 Kg. Kenyataan ini menunjukkan bahawa di samping kecergasan fizikal, morfologi atlit juga mempengaruhi prestasi atlit.
Tanner (1964) menyatakan bahawa pelari pecut lelaki secara semula jadinya mempunyai otot-otot besar dan bukanya dihasilkan dari sistem latihan. Pelari pecut perlukan jisim otot yang besar kerana dapat memberikan kelebihan semasa permulaan perlumbaan dan pada fasa permulaan pecutan. Ika dan Fukunaga (1968) merumuskan bahawa lebih banyak daya dapat dibina jika atlit mempunyai lebih banyak otot per luas keratan rentas.


7.2 ASPEK FISIOLOGI

Umumnya latihan akan meningkatkan prestasi dan melambatkan kelesuan. Metabolisma badan perlu menyediakan tenaga yang cukup pada keadaan yang diperlukan oleh otot yang bekerja. Oleh kerana itu faktor yang penting adalah kebolehan atlit menggunakan tenaganya dengan cara yang berkesan dan optima. Kebolehan atlit melambatkan kelesuan adalah disebabkan oleh simpanan tenaga dalam badan. Tenaga input dan output boleh diringkaskan seperti berikut:

Nagle dan Basset (1984) merumuskan bahawa prestasi pelari marathon adalah bergantung kepada aspek fisiologi. Atlit yang mempunyai fisiologi yang tinggi sesuai dengan keperluan acara akan muncul sebagai pemenang. Sebagai contohnya dalam larian jarak jauh kelajuan dan intensiti dipengaruhi oleh tahap ambang "lactate".
Menurut McArdle et al. (1996) lorong utama penghasilan ATP berbeza dan bergantung keada intensiti dan jangkamasa senaman. Semasa senaman yang dijalankan dalam jangka masa yang singkat dan mempunyai intensisti yang tinggi berintensiti tinggi tenaga yang diperlukan diperolehi melalui simpanan ATP-CP dalam otot. Bagi acara yang lebih lama (1-2 minit), tenaga dihasilkan adalah melalui glikolisis. Apabila senaman berlaku melebihi beberapa minit, sistem aerobik menjadi dominan dan pengambilan oksijen menjadi semakin penting. Oleh itu jurulatih yang mengetahui penggunaan sistem tenaga akan merangka program berdasarkan kepada sistem tenaga yang dominan khusus untuk sukannya.
Aktiviti boleh dikelaskan dalam bentuk pengkhususan dan juga pemindahan tenaga dominan yang terlibat. Program latihan yang berkesan akan menyediakan ruang masa yang sesuai untuk tenaga khusus yang terlibat dalam aktiviti.
Sistem latihan sekarang menggunakan aktiviti fizikal yang sederhana diikuti denagna latihan anaerobik (pemulihan aktif) dan ini meningkatkan pemulihan berbanding dengan kaedah pasif. Pemulihan aktif akan mengakibatkan pembuangan "blood lactate" dengan lebih berkesan.
Untuk mengekalkan kecergasan, atlit perlu menyediakan dirinya melalui program suaian. Kaedah suaian fizikal yang didasarkan kepada beberapa prinsip latihan akan menghasilkan peningkatan yang optima. Mengikut Willmore dan Costill (1994), prinsip-prinsip berikut adalah sangat penting:-
i. prinsip tambah beban.
ii. pengkhususan senaman.
iii. Kebolehbalikan
iv. perbezaan individu.
Di samping prinsip di atas, terdapat beberapa faktor yang boleh memberi kesan ke atas peningkatan latihan (McArdle et al. 1996).
i. tahap kecergasan awal.
ii. frekuensi latihan
iii. intensiti latihan



7.3 ASPEK BERKAITAN PRESTASI
Walaupun kekuatan mutlak adalah komponen yang penting dalam prestasi, kuasa mungkin lebih penting dalam kebanyakan aktiviti Willmore dan Costill (1994).

Berdasarkan formula , kuasa adalah fungsi aplikasi kekuatan dan kelajuan. Ia adalah merupakan kunci komponen kepada prestasi atlit olahraga. Jelas sekali komponen ini berasal dari aspek fisiologi. Kelembutan yang baik dapat menghindarkan atlit dari mengalami kecederaan yang serius.
Atlit yang mempunyai kelembutan yang baik dapat menghasilkan daya yang lebih besar kerana peningkatan julat pergerakan. Peningkatan komponen ini dihasilkan melalui latihan yang berterusan sepanjang tahun dan boleh berkurang dengan cepat semasa tidak aktif.
Hasil latihan biasanya mewujudkan kekuatan, kuasa, daya tahan otot, kelembutan dan kardiovaskular tetapi kurang peningkatan dari segi kelajuan dan ketangkasan (Willmore dan Costill 1994). Dalam olahraga banyak masa dihabiskan untuk mengembangkan kualiti prestasi lebih dari kelajuan dan ketangkasan tetapi sukan lain memberi lebih penumpuan kepada komponen ini.
Kualiti yang diperlukan adalah berbeza dan bergantung kepada keperluan peningkatan dan jenis sukan serta posisi pemain. Kehilangan kelajuan dan ketangkasan yang berlaku semasa keadaan tidak aktif dapat dipulihkan melalui latihan. Namun begitu peningkatan hanyalah dalam kuantiti yang sedikit.
Atlit bertaraf dunia biasanya mempunyai koordinasi yang baik. Koordinasi bukan merupakan faktor yang penting bagi sukan yang bergantung kepada faktor fisiologi. Ianya menjadi bertambah penting apabila kita membandingkan "novice" dan atlit berpengalaman bagi sukan yang memerlukan kemahiran teknikal yang tinggi seperti larian berpagar, acara-cara lompatan dan lontaran. Koordinasi merupakan faktor penentu jika atlit mempunyai kekuatan yang sama.
Keseimbangan pula penting bagi atlit-atlit gimnastik dan atlit-atlit yang melibatkan diri dalam acara-acara kemahiran seperti melompat dan melontar. Dalam acara larian pecut pula, pemenang biasanya ditentukan dalam perbezaan masa yang amat singkat.
Oleh itu atlit yang mempunyai masa tindak balas yang baik mempunyai kelebihan untuk muncul sebagai pemenang. Sekiranya atlit mempunyai kecergasan fizikal yang berkaitan dengan prestasi motor pada tahap terbaik maka ia akan mempunyai banyak kelebihan untuk muncul sebagai juara berbanding dengan mereka yang mengabaikanya.


7.4 PRESTASI ATLIT.

Sebenarnya terdapat banyak aspek lain yang turut membantu dalam peningkatan prestasi atlit seperti (A SystemModel of Athletic Performance). Sebagai contohya kita lihat faktor pemakanan tidak boleh disangsikan kepentingannya dalam meningkatkan prestasi. Kebanyakan kes yang melibatkan kemerosotan prestasi adalah akibat daripada kelemahan program pemakanan. Oleh kerana itu atlit perlu mengambil kira penggunaan pemakanan optima dalam program latihan mereka.
Optima diet didefinisikan sebagai makan atau minum yang dapat memberikan semua keperluan nutrient mencukupi untuk pemeliharaan tisu, pemulihan dan perkembangan tanpa berlebihan (McArdle et al. 1996). Terdapat banyak cadangan jenis makanan yang boleh menyediakan keperluan nutrient untuk pemeliharaan tisu, pemulihan dan perkembangan.
Badan atlit hendaklah dijaga dengan begitu rapi akibat latihan yang berterusan. Bagi mencapai hasrat ini, atlit perlu memberi perhatian terhadap pemakanan yang sempurna, tidur dan rehat yang cukup.
Dewasa ini banyak terdapat bahan makanan berbentuk cecair dijual secara komersil. Bahan ini menawarkan pendekatan yang praktik terhadap makanan sebelum pertandingan dan mengandungi banyak sumber pembekal tenaga. Makanan ini disarankan kerana mempunyai nilai kalori seimbang dan membantu proses penyerapan dengan cepat dan tidak meninggalkan sisa pada saluran penghadaman.
Makanan sebelum pertandingan sepatutnya sedia dihadam dan memberikan tenaga yang diperlukan untuk senaman. Oleh itu makanan ini sepatutnya tinggi nilai karbohidrat dan rendah dari segi kandungan lemak dan protin. Masa 2-3 jam adalah jangkasama yang sesuai untuk membenarkan penghadaman dan penyerapan berlaku.


8.0 CIRI-CIRI SISTEM TENAGA UNTUK PELARI PECUT.

Tenaga yang diperlukan bagi aktiviti fizikal adalah lebih tinggi berbanding dengan tenaga yang diperlukan semasa rehat. Peningkatan aktiviti fizikal memerlukan lebih banyak tenaga. Sebagai contoh semasa berenang dan berlari pecut, tenaga yang digunakan oleh otot yang aktif adalah 100 kali lebih tinggi daripada tenaga semasa rehat. Aktiviti yang berintensiti rendah seperti maraton, memerlukan tenaga sehingga 20 hingga 30 kali ganda daripada semasa rehat. Oleh itu penggunaan tenaga bergantung kepada intensiti, masa latihan dan tahap kecergasan individu.

8.1 ANAEROBIK ALAKTIK
Aktiviti yang melibatkan masa yang singkat dan berintensiti tinggi seperti lari pecut 100 meter dan berenang 25 meter memerlukan tenaga serta merta yang dibekalkan daripada penguraian Adinosina Trifosfat (ATP) dan Fosfokreatin (PC). Jumlah ATP yang dapat disimpan adalah sedikit mengakibatkan pengurangan tenaga berlaku dengan cepat apabila aktiviti yang berintensiti tinggi dilakukan. Simpanan ATP pada otot rangka adalah sedikit. Simpanan ini akan berkurangan dengan cepat apabila aktiviti berintensiti tinggi dilakukan. Tenaga hanya boleh dibekalkan bagi tempoh 10 saat.

8.2 ANAEROBIK LAKTIK
Apabila aktiviti berintensiti tinggi terpaksa berterusan melebihi 10 saat, sumber tenaga adalah daripada glikogen yang disimpan pada otot-otot rangka dan hepar (hati). Proses penghasilan tenaga ini dikenali sebagai glikolisis anaerobik.



8.3 LANGKAH UNTUK MENINGKATKAN SUMBER TENAGA
Langkah untuk meningkatkan simpanan sumber tenaga Perkara yang paling penting dalam konsep tenaga adalah bahan api yang dibekalkan semasa latihan. Apabila kita mengetahui tentang bahan api yang dibekalkan kepada otot rangka semasa latihan penting dalam menentukan pemakanan yang sesuai.
Apakah yang dimaksudkan dengan bekalan bahan api? Bekalan bahan api yang dimaksudkan ialah jenis makanan yang boleh menghasilkan ATP semasa latihan. Terdapat tiga sumber kelas makanan utama yang menghasilkan tenaga iaitu karbohidrat, lemak dan protein.
Bekalan tenaga yang dikeluarkan akibat pemecahan tiga jenis makanan ini boleh digunakan bagi sistem aerobik untuk menghasilkan ATP. Oleh itu karbohidrat memainkan peranan utama sebagai sumber tenaga utama. Oleh itu makanan yang perlu dimakan mesti member tumpuan kepada karbohidrat. Walaupun protein boleh digunakan sebagai sumber tenaga apabila sumber-sumber lain sudah kehabisan seperti keadaan kesuburan.
Lemak apabila dibakar akan dipecahkan kepada asid lemak dan gliserol. Asid lemak disimpan sebagai tisu adipos atau beredar dalam darah. Bahan kimia ini boleh menghasilkan ATP melalui tindakbalas kimia.


9.0 KELENJAR-KELENJAR ENDOKRINA YANG BERFUNGSI UNTUK LARI PECUT

9.1 KELENJAR PITUITARI
Kelenjar pituitari terletak di bawah hipotalamus. Antara hormon-hormon yang dirembeskan ialah hormon tumbesaran (growth hormone). Hormon tumbesaran ialah hormon bagi metabolism umum. Tindakan hormon ini adalah seperti berikut:
a) mempercepatkan kadar pertumbuhan tubuh.
b) merangsang pengambilan asid amino oleh sel bagi mensintesis protein.
c) merangsang penguraian lemak untuk tenaga.
Cara ini memelihara homeostasis gula dalam darah dengan menyimpan glukosa.
Kekurangan atau lebihan rembesan hormon ini membawa kepada pembentukan tubuh yang tidak normal. Kekerdilan tubuh berpunca daripada kurangnya rembesan hormon ini sementara kegergasian dan “acromegaly” pula disebabkan oleh rembesan hormon yang berlebihan. akibat “acromegaly”.


9.2 KELENJAR TIROID
Kelenjar tiroid terletak dibahagian bawah kerongkong dan di hadapan halkum. Kelenjar ini menghasilkan hormon tiroksin, triodotaironin dan kalsitonin. Hormon tiroid adalah hormon yang utama bagi metabolisme. Selain daripada mengawal kadar pengoksidan glukosa semua sel, hormon ini juga penting untuktumbesaran dan perkembangan secara normal tisu-tisu khususnya sistem pembiakan dan sistem saraf. Hormon kalsitonin pula merangsang penyimpanan kalsium pada tulang-tulang.
Kekurangan iodin mengganggu pembentukan hormon tiroksin dan ini menyebabkan berlakunya beguk. Kekurangan tiroksin pada kanakkanak menyebabkan “kretisme” iaitu keadaan individu yang mempunyai kaki lebih pendek berbanding badan, cacat akal, berkulit kering dan berambut nipis. Bagi orang dewasa pula, kekurangan tiroksin menyebabkan kelembapan pergerakan dan mental, bengkak pada muka, kelesuan, suhu badan yang rendah dan kegemukan. Masalah cacat akal tidak berlaku pada orang dewasa.
Lebihan tiroksin menyebabkan peningkatan kadar denyutan jantung, kadar metabolisma yang tinggi, tidak tahan dengan suhu panas dan kegelisahan. Kekurangan kalsitonin pula menyumbang kepada osteoporosis.

9.3 KELENJAR ADRENAL
Kelenjar adrenal terletak di atas ginjal. Kelenjar ini terbahagi kepada adrenal korteks dan adrenal medulla. Adrenal korteks merembaskan hormon glukokortikoid, mineralokortikoid dan androgen (kuantiti kecil). Glukokortikoid merangsang pertambahan glukosa dalam darah dan penyimpanan glikogen dalam hepar. Adrenal medula pula merembeskan hormon epinefrin dan norepinefrin. Epinefrin dan norepinefrin meningkatkan kandungan glukosa dalam darah, meningkatkan aktiviti metabolik dan menjerut salur-salur darah tertentu.
Kekurangan glukokortikoid dan mineralokortikoid boleh menyebabkan penyakit Addison (simptom kehilangan elektrolit dan bendalir tubuh, tekanan darah rendah, hipoglisemia). Kehilangan selera makan dan pertambahan pigmentasi. Lebihan glukokortikoid menyebabkan penyakit cushing (simptom tangan dan kaki membesar, luka lambat sembuh, muka bulat, tekanan darah tinggi, kurang pembentukan antibodi, hiperglisemia dan lemah otot).
Lebihan androgen daripada adrenal korteks menyebabkan sindrom adrenogenital (simptom baligh lebih awal dan genital yang membesar pada kanak-kanak, pembentukan tret lelaki pada wanita dewasa).

9.4 PANKREAS
Pankreas terletak berhampiran dengan perut. Pada pankreas terdapat kelenjar endokrina yang dikenali sebagai kumpulan pankreatik (pancreatic islets). Kumpulan pankreatik ini menghasilkan hormon insulin dan glukagon.
Perembesan insulin dirangsang oleh aras glukosa yang tinggi dalam darah. Insulin bertindak ke atas semua sel tubuh dengan meningkatkan keupayaan sel-sel untuk menerima glukosa. Melalui tindakan ini, aras glukosa dalam darah dapat dikurangkan.
Glukagon pula dirangsang oleh aras glukosa yang rendah dalam
darah. Glukagon merangsang penguraian glikogen yang tersimpan di dalam hepar kepada glukosa dan membebaskan glukosa ini ke dalam darah.
Lebihan insulin akan menyebabkan hipoglisemia, sementara kekurangan atau ketiadaan insulin pula boleh menyebabkan diabetis mellitus. Lebihan atau kekurangan glukagon pula tidak menyebabkan gangguan atau masalah kesihatan yang serius.


10.0 KELESUAN OTOT PELARI PECUT
Kelesuan merujuk kepada kemerosotan kapasiti otot meregang dengan
stimulasi yang berulang. Keadaan ini menyebabkan prestasi individu menurun. Perbincangan tentang kelesuan memberi tumpuan kepada:

(i) Sistem tenaga (ATP-PC, glikolisis dan pengoksidanan).
(ii) Pengumpulan hasil sampingan metabolik.
(iii) Sistem saraf.
(iv) Mekanisme kegagalan penguncupan gentian.

Faktor-faktor yang menyebabkan kelesuan otot:

i. Pengumpulan asid laktik.
ii. Kekurangan simpanan ATP dan PC.
iii. Kekurangan simpanan glikogen otot.

10.1 PENGUMPULAN ASID LAKTIK.

Asid laktik menyebabkan kelesuan kerana pemecahan karbohidrat yang tidak sempurna. Tindakbalas ini berlaku dalam fiber otot. Simpanan glikogen ditukarkan menjadi glukosa dan kemudiannya ditukarkan oleh enzim kepada asid laktik bagi menghasilkan ATP.


Tindak balas ini dinamakan glikolisis anaerobik. Jika asid laktik terkumpul dalam otot dengan banyak mengakibatkan toksik.Keadaan ini mengakibatkan kelesuan dan ketegangan pada otot.

10.2 KEKURANGAN SIMPANAN ATP DAN PC.
Fosfokreatin (PCr) digunakan dalam sistem anaerobik untukmembina ATP dan kemudiannya mengekalkan simpanan ATP dalam badan. Kajian biopsi menunjukkan penguncupan otot berulang-ulangan secara maksima menunjukkan kelesuan berlaku bersama dengan pengurangan fosfokreatin. Sistem ATP-PCr berintensiti tinggi. Sistem ini mengakibatkan aras ATP menjadi berkurangan. Pada paras kelesuan yang tinggi, kedua-dua ATP dan PCr menjadi kurang. Tindak balas ini dinamakan glikolisis anaerobik. Jika asid laktik terkumpul dalam otot dengan banyak mengakibatkan toksik. Keadaan ini mengakibatkan kelesuan dan ketegangan pada otot.

10.3 KEKURANGAN SIMPANAN GLIKOGEN OTOT.
Aras ATP otot dikekalkan melalui pemecahan glikogen otot disebabkan oleh sistem aerobik dan anaerobik. Bagi acara yang berpanjangan, glikogen otot menjadi sumber utama untuk sintesis ATP. Malangnya simpanan glikogen adalah terhad dan boleh berkurang dengan cepat. Apabila PCr digunakan, kadar pengurangan glikogen otot dikawal oleh intensiti aktiviti. Peningkatan kadar kerja tidak berkadar terus dengan pengurangan glikogen otot. Sebagai contohnya, semasa lari pecut glikogen otot digunakan 35 hingga 40 kali lebih cepat daripada aktiviti berjalan. Oleh itu kelesuan dalam aktiviti yang berintensiti tinggi disebabkan oleh kekurangan simpanan glikogen otot.


10.4 STRATEGI UNTUK MELENGAHKAN KELESUAN OTOT AKIBAR LARI PECUT.

Bagi mengelakkan kelesuan, atlit mesti mengawal kadar kerja melalui rentak larian yang sesuai bagi memastikan PCr dan ATP tidak kehabisan. Jika pada permulaan larian terlalu cepat mengakibatkan simpanan ATP dan PC berkurang dengan cepat.

Keadaan ini menyebabkan kelesuan berlaku lebih awal dan atlit gagal mengekalkan rentak larian sehingga fasa terakhir. Latihan dan pengalaman dapat membantu atlit menilai rentak larian yang optima bagi meningkatkan keberkesanan penggunaan ATP dan PC.

10.5 SISTEM TENAGA DALAM SENAMAN

Sistem tenaga yang diperlukan pada setiap sukan bergantung kepada cirri-ciri permainan tersebut, tempoh masa dan intensiti. Sistem tenaga yang terlibat dalam larian 5000 meter adalah seperti yang berikut:

a) 10 saat pertama – anaerobik alaktik.
b) 10 saat hingga 30 saat – peralihan dari sistem alaktik sistem laktik.
c) 30 saat hingga 2 minit – anaerobik laktik.
d) 2 minit hingga 5 minit – peralihan dari anaerobik laktik ke aerobik.
e) 5 minit ke atas – sistem aerobik.
Sistem tenaga yang dominan bagi aktiviti yang melibatkan kuasa bergantung kepada:
i. Bekalan tenaga anaerobik alaktik.
ii. Kekuatan otot.
iii. Kelajuan penguncupan otot.



11.0 PERMAKANAN YANG SIHAT UNTUK ATLIT.

Kolesterol adalah lipid yang hanya didapati daripada makanan berasaskan haiwan dan tidak didapati dari tumbuh-tumbuhan. Kolesterol penting untuk membentuk hormon seperti testosteron dan estrogen. Fosfolipid boleh didapati dari kuning telur, hati, kekacang dan lecithin.

11.1 LEMAK
Secara am, fungsi lemak adalah untuk membekalkan tenaga bagi proses metabolisme. Majoriti trigliserida disimpan dalam tisu adipos. Trigliserida akan diuraikan menjadi asid lemak dan gliserol yang dapat menghasilkan tenaga.

11.1.1 Keperluan Semasa Senam
Semasa rehat, lebih kurang 60% dari tenaga kita dibekalkan oleh proses metabolisme lemak. Orang dewasa memerlukan 10-15% kalori yang berasaskan lemak. Atlit memerlukan 15-25% kalori dari lemak dalam diet harian sebagai simpanan tenaga semasa latihan.

11.2 PROTEIN
Protein terdiri dari rantaian asid amino. Apabila dua asid amino bergabung, ia dikenali sebagai dipeptida dan jika lebih dari dua, dipanggil polipeptida. Protein boleh didapati dari daging, hasil tenusu, kekacang dan juga tumbuhan seperti brokoli dan lobak merah.

11.2.1 Keperluan Semasa Senam
Orang dewasa memerlukan lebih kurang 12-15% kalori yang berasaskan protein. Atlit memerlukan 15-20% kalori protein dari diet harian. Walaupun protein tidak merupakan sumber tenaga yang utama semasa senaman, pengambilannya adalah penting untuk memastikan metabolisme tubuh seperti pembinaan tisu dan pembaikpulih sel tidak terganggu.

11.3 VITAMIN DAN MINERAL
Vitamin adalah bahan organik yang esential. Ia hanya didapati melalui makanan sahaja. Mineral pula adalah bahan inorganik yang diperlukan oleh tubuh badan seperti natrium, kalium, klorida, kalsium, magnesium, ferum dan sulfur.

11.3.2 Jenis-jenis vitamin dan keperluan
Jenis Vitamin Keperluan dan Fungsi Sumber dari Makanan
Larut Lemak;
Vitamin A - Hati, susu, karotenoid, Keledek
5000 IU (menggalakkan pertumbuhan tulang, mengelakkan rabun)



Vitamin D - Hasil tenusu, margarine, minyak ikan
200 IU ( berfungsi sebagai hormone, menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus)

Vitamin E - Minyak sayuran, sayur sayuran, hijau, kuning telur
15 mg d-alpha (antioksidan untuk lindungi sel membrane dari kerosakan)

Vitamin K - Hati, telur dan bayam
80 mikrogram (membantu koagulasi darah)




Larut Air;
Vitamin C - Buah-buahan sitrus, sayur-sayuran hijau
90 mg(lelaki); 75 mg(wanita) (Bentuk kolagen, membantu
penyerapan ferum)

Vitamin B Kompleks - Daging, ikan, ayam dan hasil tenusu
2.4 mikrogram (membentuk koenzim bagi membina DNA, bantu pembinaan sel darah merah)


JENIS MINERAL
Keperluan dan Fungsi Sumber dari makanan

Kalsium - Hasil tenusu, kuning telur, kekacang
1000 mg (pembentukan tulang dan gigi, transmisi impuls saraf)

Magnesium - Kekacang, sayur-sayuran hijau, buah-buahan
400mg (Sintesis protein, pengecutan otot)

11.4 KEPERLUAN DAN KEPENTINGAN AIR KEPADA ATLIT

Atlit memerlukan antara 2000-2800 ml air sehari untuk memastikan keseimbangan cecair badan. Atlit memerlukan pengambilan air yang lebih banyak terutamanya bagi menyelenggarakan suhu badan. Air boleh dibekalkan secara langsung melalui minuman (termasuk jus buahan, susu) dan juga melalui makanan. Proses metabolisme yang melibatkan penguraian karbohidrat, lemak dan protein juga akan menghasilkan air. 65% dari air dalam badan distor dalam sel (intrasel) manakala yang lain di luar sel seperti dalam pembuluh darah dan cecair serebrospinal (ekstrasel).

Elektrolit adalah bahan, dalam bentuk cecair yang boleh mengkonduksikan arus elektrik. Cecair tersebut juga dikenali sebagai cecair elektrolit contohnya asid, bes dan garam. Elektrolit utama adalah natrium, kalium, klorida, bikarbonat, sulfat, magnesium dan kalsium.

11.5 PENYELENGGARAAN SUHU BADAN

Suhu badan dikawal oleh hipotalamus, satu struktur di otak yang merupakan sebahagian dari sistem saraf pusat. Contohnya, sekiranya kulit kita menjadi panas kerana cuaca panas atau demam, tubuh badan akan membuat penyesuaian untuk mengurangkan haba. Pertama, lebih darah akan mengalir berdekatan dengan kulit supaya haba dapat dibebaskan dengan lebih mudah melalui kulit.

Kedua, perpeluhan akan bermula dan penyejatan peluh akan mengurangkan haba badan.

11.6 PEMAKANAN SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS LATIHAN & PERTANDINGAN

Prestasi fizikal boleh ditingkatkan melalui pemakanan yang baik. Contohnya peningkatan pengambilan karbohidrat sebelum dan semasa latihan dapat meningkatkan kualiti latihan atlit. Atlit akan dapat berlatih dengan lebih lama dan melambatkan rasa kelesuan ketika latihan.

Semasa pertandingan, atlit akan menggunakan sumber tenaga dari sistem tenaga yang berbeza bergantung kepada jenis, intensiti dan jangkamasa aktiviti tersebut. Contohnya untuk aktiviti yang berintensiti tinggi dan tidak lebih dari 3 minit seperti larian 200m, sumber tenaga akan dibekalkan oleh glukosa dalam darah dan glikogen otot.
Apabila aktiviti tersebut melebihi 5 minit seperti permainan bolasepak, glikogen hati dan lemak pula akan mula membekalkan tenaga bagi aktiviti tersebut. Pada masa yang sama, ketiga-tiga sistem tenaga ini juga memerlukan vitamin dan mineral tertentu untuk memastikan keberkesanan sistem tenaga ini.

Semasa pertandingan, atlit patut mengambil cecair yang tinggi kandungan karbohidrat dan rendah kandungan lemaknya untuk mengelakan ketidakselesaan dalam perut. Atlit yang mengamalkan pemakanan yang optimum boleh melakukan kebanyakan aktiviti fizikal dengan menggunakan sumber tenaga yang disimpan dalam tubuh badan.

Adalah penting untuk atlit memastikan gaya pemakanan adalah bersesuaian dengan aktiviti yang dilakukan dan juga mempunyai kandungan kalori yang mencukupi. Contohnya seorang atlit berdaya tahan tinggi memerlukan sehingga 3,500 kalori sehari dengan 60-70% (karbohidrat): 20-30% lemak: 10-15% protein (termasuk asid amino esential).



12.0 TOKOH ATLIT LARI PECUT.

MICHEAL JOHNSON

Atlet lari pecut A.S., Michael Johnson merupakan atlet yang sangat unggul di arena antarabangsa. Walaupun beliau sudah bersara selepas Sukan Olimpik Sydney 2000, tetapi rekod dunia yang diciptanya dalam acara lari 200 meter lelaki dan lari 400 meter lelaki masih belum diperbaharui sehingga kini.
Johnson juga mempunyai cara latihan teknik dan fizikal yang baik. Beliau telah mendapat lima pingat emas Sukan Olimpik.
Johnson Johnson atlet mesti membuat setiap gerakan dengan bersungguh-sungguh dan melaksanakan program latihan dengan teliti.

USAIN BOLT

13.0 REKOD-REKOD 100 METER.
LELAKI
REKOD DUNIA:
TIME(sec) WIND (m/s) ATHELETE NATION DATE LOCATION
9.58 0.9 USAIN BOLT JAMAICA 16/8/09 BERLIN

REKOD REMAJA DUNIA:
TIME(sec) WIND (m/s) ATHELETE NATION DATE LOCATION
10.01 0.0 DARREL BROWN TRINIDAD & TOBAGO 24/08/03 PARIS-SAINT DENIS

WANITA
REKOD DUNIA:
TIME(sec) WIND (m/s) ATHELETE NATION DATE LOCATION
10.49 0.0 FLORENCE GRIFIFTH USA 16/07/88 INDIANAPOLIS

REKOD REMAJA DUNIA:
TIME(sec) WIND (m/s) ATHELETE NATION DATE LOCATION
10.88 2.2 MARLIES GDR 01/07/77 DRESDEN