1.0 PENGENALAN
Definasi pergerakan adalah sebarang bentuk gerak (movement) yang dilakukan oleh seseorang itu akan menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar.
Pergerakan-pergerakan tersebut boleh dikoordinasikan bagi manipulasi dengan alatan seperti melambung, membaling, menggolek dan menampar alatan kecil atau besar. Pergerakan-pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas seharian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi.
Bagi meningkatkan potensi kreativiti murid dalam melakukan pergerakan khasnya menginterpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik, pendekatan pergerakan kreatif digunakan. Pengalaman pergerakan kreatif dapat memperkembang kesedaran dan kefahaman konsep-konsep pergerakan.
2.0 PERGERAKAN LOKOMOTOR KREATIF
Pergerakan lokomoto secara kreatif dapat dilakukan dengan menyerapkan empat aspek pergerakan, iaitu
2.1 Ruang
Ruang ialah kawasan yang digunakan semasa melakukan pergerakan. Ia terbahagi kepada dua iaitu ruang diri dan ruang am. Ruang diri ialah ruang setempat yang mengelilingi individu sejauh mana yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan. Ruang am ialah kawasan yang digunakan secara keseluruhan semasa melakukan pergerakan. Ruang diri dan ruang am meliputi bahagian kawasan seperti :
a) aras - tinggi, sederhana, rendah
b) arah - hadapan, belakang sisi, atas, bawah
c) aliran - awangan, lantai, lurus, berliku-liku, zig-zag
d) ekstensi - mengecil, membesar
2.2 Masa
Pergerakan boleh dilakukan dengan pelbagai kelajuan seperti cepat, lambat, kawal-lambat dan serta-merta. Kelajuan sesuatu pergerakan ditentukan dengan keadaan ruang yang ada seperti ruang diri, ruang am dan ruang yang dilengkapi dengan alat-alat.
a) Serta-merta - Pergerakan dilakukan dalam masa yang singkat. Pergerakan ini cepat, tegas, spontan dan dinamik.
b) Kawal-lambat - Pergerakan yang perlahan, mengambil masa dan dapat dikawal. Lakuannya lambat, licin, beralun dan berayun, boleh dirasakan sebagai sesuatu yang tidak perlu cepat atau tergesa-gesa.
2.3 Beban
Aspek beban merupakan kualiti pergerakan seperti kuat, lembut, ringan dan tenang. Kualiti pergerakan ini dapat dihasilkan dengan cara mengawal kekuatan dan keupayan otot semasa melakukan pergerakan.
a) Halus-ringan - Lakuan pergerakan yang lembut, halus dan sensitif menggunakan kekuatan otot yang ringan semasa bergerak bebas dan setempat.
b) Berat-kuat - Lakuan pergerakan yang tegas, kuat, bertenaga dan pantas. Memerlukan tenaga dan menggunakan otot-otot yang kuat.
2.4 Aliran
Aspek aliran merupakan beberapa pergerakan dirangkai dengan berturutan, berterusan dan licin. Rangkaian pergerakan boleh dilakukan secara aliran bebas dan aliran terikat.
3.0 PERGERAKAN LOKOMOTOR
Pergerakan lokomotor bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. Pendidikan pergerakan lokomotor menyokong perilaku pergerakan yang dirancang.
3.1 Konsep Pergerakan Lokomotor
Pergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan atau aliran. Jika pergerakan lokomotor digunakan dalam persembahan kita akan dapat melihat arah gerakan dalam persembahan itu. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam gerakan lokomotor, gerakan ini melibatkan arah, aliran, haluan dan masa.
3.1.1 Arah:
Arah melibatkan bentuk arah gerakan iaitu ke hadapan atau ke kiri atau ke kanan
3.1.2 Haluan
Haluan ialah melibatkan corak gerakan contohnya samada boleh dalam bentuk lurus, bengkang bengkok, zig zag dan lain-lain
3.1.3 Masa
Masa adalah masa yang digunakan untuk melengkapkan pergerakan, masa boleh dalam keadaan cepat atau pelahan, dengan cara tiba-tiba atau terkawal
3.2 Bentuk Pergerakan Lokomotor
3.2.1 Berjalan
Di antara aktiviti berjalan yang selalu dilakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut:
a) Jalan berundur dan kemudian ke hadapan
b) Berjalan dengan melakonkan gaya robot atau askar permainan berjalan
c) Berjalan dengan melakonkan gaya gegasi berjalan
d) Berjalan dengan melakonkan gaya cara gorila berjalan
e) Berjalan dengan melakunkan gaya meredah semak
f) Berjalan dengan melakunkan gaya gajah berjalan
g) Berjalan dengan melakunkan gaya anjing cedera di kaki berjalan
h) Berjalan dengan melakunkan gaya patung berjalan
i) Berjalan naik tangga
3.2.2 Berlari
Di antara aktiviti berlari yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut:
a) Berlari setempat dengan ayunan tangan yang lurus
b) Berlari dengan pelahan serta lutut diangkat tinggi.
c) Berlari pantas dan beransur-ansur pelahan
d) Berlari dan berhenti apabila syarat di berikan dan berhenti apabila isyarat
e) di berikan dan berlari semula
f) Berlari kehadapan serta berundur kesisi
g) Berlari mengikut seorang ketua
h) Berlari dengan pelbagai kelajuan berdasarkan arahan
i) Berlari mengikut arah zig zag
j) Lari beberapa langkah dan kemudian melompat
3.2.3 Melompat
Di antara aktiviti melompat yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut:
1. Melompat seperti rusa melompat pagar
2. Melompat tali atau garisan di atas lantai
3. Melompat halangan yang di tinggikan sedikit dari paras lantai
4. Melompat setempat penekanan kepada ketinggian lompatan
5. Melompat melakunkan serta meniru cara kanggaru melompat
6. Melompat melakunkan serta meniru cara katak melompat
7. Melompat melakunkan serta meniru cara kanggaru melompat
8. Melompat melakunkan serta meniru cara katak melompat
9. Melompat sambil mengubah arah lompatan
4.0 PERGERAKAN LOKOMOTO: MELOMPAT KETINGTING
Di antara aktiviti melompat ketinting yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut:
1. Melompat ketingting setempat tegak diatas sebelah kaki selama empat
2. kiraan
3. Melompat ketingting dan pusing badan kekiri dan kekanan
4. Melompat ketingting berarah kehadapan-kebelakang dan kekiri-kekanan
5. mengikut isyarat
6. Melompat ketingting meliputi pelbagai jarak
5.0 PERGERAKAN LOKOMOTO: MERANGKAK
Di antara aktiviti merangkak yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut:
1. Merangkak melalui pelbagai halangan
2. Merangkak melalui bawah sarang labah-labah
3. Merangkak secara berpasangan dengan kaki pasangan di ikat
4. Merangkak melalui tali
6.0 PERMANIPULASIAN PERALATAN
Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang dapat menyediakan diri pelajar untuk mempelajari asas sukan dan seterusnya menguasai kemahiran sukan yang pelbagai. Pembelajaran manipulasi alat mesti melibatkan objek seperti pundi kacang, bola kecil,bola besar, gelung, rotan, batang rotan, tali dan relang getah.
6.1 Konsep
Manupulasi alat ialah bagaimana cara kita mengayakan atau mempergunakan alatan dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk gerakan.
6.2 Kemahiran
Manipulasi alat hendaklah di bina di peringkat umur pra sekolah atau sekolah rendah. Kemahiran ini memerlukan penggunaan angota badan untuk mengawal, megawasi atau menangani sesuatu objek. Kemahiran manipulasi alat merupakan asas kepada kemahiran sukan yang perlu dibina daripada peringkat kanak-kanak. Kemahiran asas manipulasi alat dapat meningkatkan kordinasi angota badan contohnya tangan- mata, kaki mata dan
lain-lain.
6.3 Bentuk Pergerakan Manipulasi Alat
Kemahiran manipulasi alat yang diajar di peringkat pra dan sekolah rendah ialah:
6.3.1 Membaling Dan Melambung
Di antara aktiviti membaling yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut:
1. Melambung sebiji bola keudara dan menyambut semula
2. Melambung setinggi bola setinggi yang boleh dan menyambut semula
3. Melambung serendah yang mana bola dan menyambut semula
4. Meleretkan bola kedinding dan menahan semula
5. Meleretkan bola kesasaran
6.3.2 Menyambut
Di antara aktiviti menyambut yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut:
1. Melambung pundi kacang keudara dan menyambut semula
2. Melambung setinggi bola setinggi yang boleh dan menyambut semula
3. Melantunkan bola di dinding dan menangkap semula
4. Menyambut pundi kacang yang di lempar oleh pasangan
5. Membaling dan menangkap bola bergilir dengan pasangan
6.3.3 Memukul
Di antara aktiviti memukul yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut:
1. Memukul alatan dengan tangan
2. Memukul alatan dengan gengaman
3. Memukul alatan kearah pasangan atau sasaran
4. Melambung belon keudara dan kemudian memukul
5. Menjatuhkan bola kemudian memukul ketika bola itu melantun dengan tangan dari aras bahu ulang dari sisi dan bawah bahu.
7.0 CADANGAN DAN CONTOH PERGERAKAN LOKOMOTOR
7.1 Pergerakan Ulat Bulu yang Menggatalkan
a) Alatan yang digunakan : Bola Kecil
b) PROSEDUR:
1. Cara bergerak seperti ulat bulu yang menggatalkan jika terkena pada manusia.
2. Berdiri dengan tegak dan kedua belah tangan diluruskan ke atas sambil memegeng bola kecil. Sambil meluruskan tangan nafas perlu ditarik untuk mendapat keseimbangan badan.
3. Kemudian kedua belah tangan dalam keadaan menyentuh lantai apabila badan dibengkokkan. Pada masa ini saraf tunjang dalam keadaan berlipat.
4. Abdomen perut akan berasa tegang pada masa ini kerana berlipat.
5. Tangan akan akan ditarik kehadapan kemudian kaki juga akan ditarik perlahan-lahan kehadapan. Jadi berlakulah pergerakkan seperti ulat bulu.
8.0 KESIMPULAN
Dalam Program Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah, telah dinyatakan bahawa kegiatan seperti pergerakan asas, pergerakan kreatif, asas gimnastik serta sukan dan permainan adalah supaya penumpuan khas dapat diberikan kepada peringkat perkembangan murid.
Pergerakan lokomotor dan manipulasi peralatan sangat penting kerana ia merupakan asas untuk mencipta pergerakan yang lebih kompleks untuk tujuan sukan dan kehidupan seharian. Sebab itulah pergerakan asas diterapkan kepada pelajar di sekolah rendah supaya mereka dapat menguasai dan memahirkan diri dalam melakukan pergerakan yang lebih kompleks. Tujuan kerja kursus ini adalah supaya pengetahuan dan kefahaman variasi pergerakan asas dapat didalami dan dipraktikkan untuk tujuan pengajaran kelak.
9.0 RUJUKAN
David L. Gallahue, Frances Cleland Donnelly (2003) Developmental physical education for all children. New Orleans: Human Kinetics
Ellen Booth Church. (19920 Learning through play. New York: Scholastic Inc
Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) Pendidikan Jasmani: Huraian sukatan pelajaran sekolah rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Victor Paul Dauer (1972) Essential movement experiences for preschool and primary children. New York: Burgess Pub. Co.
10.0 REFLEKSI
Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya telah dapat mempelajari secara amali dan menggunakan pelbagai pendekatan dari aspek kaedah dan teknik bagaimana merancang dan membentuk aktiviti bersifat pergerakan loko dan menggunakan peralatan semasa aktiviti tersebut di peringkat sekolah rendah. Saya juga pada masa yang sama telah berjaya mempelajari secara langsung bagaimana mengaplikasikan ilmu pendidikan jasmani yang dipelajari sepanjang saya mengikuti kursus ini dan telah menyumbang kepada pemahaman dan impak terhaap matapelajaran bersifat sukan yang yang bakal saya mengajar kelak.
Cadangan saya ialah, bagi sepanjang kursus ini berlangsung, para pelatih yang mengikuti kursus Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ini perlu terus didedahkan dengan lebih mendalam lagi tentang kepentingan dan keperluan teknikal penganjuran dan permainan menerusi berbagai kegiatan yang dijalankan secara teori dan amali. Dengan ini, para pelatih guru seperti saya akan mendapat tambahan kepada pengalaman pembelajaran yang berguna. Selain itu, teori-teori dan teknik di dalam permainan akan dapat digunakan sebagai sumber rujukan maklumat untuk menyediakan satu pendekatan semasa pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan bermutu apabila ditugaskan di sekolah kelak.
No comments:
Post a Comment