Monday, November 1, 2010

PENGENALAN MOTOR LEARNING & PERFORMANCE

Definisi kawalan motor dan pembelajaran motor
Kawalan motor ialah bidang yang mengkaji postur dan pergerakan manusia serta mekanisme yang mengawalnya. Kawalan pergerakan ini dihasilkan oleh sistem biologi. Dalam kawalan motor, terdapat dua jenis lakuan motor iaitu lakuan motor tanpa kemahiran (Involuntari) dan lakuan motor berkemahiran (Voluntari). Lakuan pergerakan involuntari dihasilkan secara luar kawalan iaitu berlaku secara spontan dan dalam masa yang singkat. Contohnya pantulan lutut, tarikan tangan atau kaki apabila terkena benda panas. Mekanisme ringkas pergerakan involuntari terhadap pantulan lutut seperti rajah di bawah:
Mekanisme umum pergerakan involuntari seperti terpijak paku sistem reseptor akan menerima rangsangan di peringkat periferi dan ditukarkan kepada impuls.Rangsangan yang diterima oleh neuron sensori ditukar kepada impuls sensori. Selepas itu, impuls sensori dihantar ke sistem saraf pusat (peringkat rendah) dan diterima oleh impuls bersinaps dengan neuron motor di saraf tunjang. Impuls sensori bertukar menjadi impuls motor apabila bersinaps. Impuls motor di hantar ke efektor menghasilkan pergerakan. Sistem efektor menghantar maklumat impuls motor dan involuntari.
Lakuan pergerakan voluntari dihasilkan secara sedar atau dalam kawalan. Individu memilih dan menentukan untuk melakukan sesuatu pergerakan itu. Perlakuan ini dibina melalui bakat, pengalaman dan latihan. Mutu perlakuan yang dihasilkan dipengaruhi oleh faktor tahap kemahiran dan pengalaman. Contoh kanak-kanak belajar bermain badminton dan galakan orang tua serta guru akan mempengaruhi lakuan pergerakan ini.
Pengelasan kemahiran motor pula terdapat tiga kriteria untuk membezakan kemahiran motor iaitu ketepatan lakuan, ciri pergerakan dan stabiliti persekitaran. Ketepatan lakuan berdasarkan jenis atau saiz otot utama yang terlibat dalam menghasilkan pergerakan. Ia terbahagi kepada dua iaitu kemahiran motor kasar (penggunaan otot-otot besar) dan kemahiran motor halus (penggunaan otot-otot kecil). Ciri-ciri pergerakan pula ada tiga iaitu kemahiran diskrit, kemahiran berterusan dan kemahiran siri. Dihasilkan oleh individu secara terkawal atau luar kawal.. Kemahiran diskrit mempunyai titik permulaan dan titik pengakhiran yang spesifik. Ia melibatkan pergerakan pantas dan masa terhad. Contohnya kanak-kanak menendang bola. Kemahiran berterusan melibatkan pergerakan yang sama dan dilakukan berulang-ulang kali dengan titik mula dan titik akhir. Contohnya kanak-kanak berlari. Kemahiran bersiri adalah gabungan beberapa kemahiran diskrit yang dicantum secara bersiri. Terdapat fasa-fasa kepada pergerakan seterusnya. Contohnya melompat dengan kedua-dua kaki bagi kanak-kanak 5 tahun ke atas akan boleh melompat jauh dan melompat tinggi sekiranya mendapat latihan dan kemahiran yang sesuai daripada guru dan ibubapa. Stabiliti persekitaran pula adalah kemahiran yang berasaskan stabiliti persekitaran dan terbahagi kepada dua iaitu kemahiran luar kawal (open motor skill) dan kemahiran terkawal (closed motor skill)
Manakala pembelajaran motor pula memberikan definisi iaitu satu proses pembelajaran kemahiran secara berperingkat dalam proses perkembangan motor bayi. Proses berlaku secara semulajadi bagi bayi dan bermula pada sejak lahir hingga dewasa. Pembelajaran motor bayi berlaku dengan cepat dan lambat bergantung kepada bantuan dan bimbingan orang di sekeliling terutama ibu bapa. Pembelajaran motor kanak-kanak adalah pergerakkan motor yang diperolehi daripada pengalaman. Contoh apabila kanak-kanak dalam keadaan meniarap ternampak barang main di hadapan, kanak-kanak tersebut dengan spontan akan bergerak menggunakan kekuatan otot leher dan paha untuk bangun secara tiarap dengan bergerak untuk mencapai barang mainan.
Persamaan kawalan dan pembelajaran motor
Kedua-dua konsep kawalan dan pembelajaran motor melibatkan penggunaan motor kasar dan motor halus. Memerlukan pergerakan manusia dalam menguasai kedua-dua konsep ini. Memerlukan bimbingan dan sokongan daripada orang lain. Terdapat teori dan sistem bagi menjelaskan tentang kawalan dan pembelajaran motor. Kedua-dua konsep ini melibatkan proses dalaman untuk mengaktifkan pergerakan. Pada mulanya, kawalan motor akan berlaku dan seterusnya, pembelajaran motor mengambil tempat hingga akhir hayat manusia. Kawalan dan pembelajaran motor saling berkait antara satu sama lain.
Perbezaan kawalan dan pembelajaran motor
Kawalan motor Pembelajaran motor
Definisi ialah bidang yang mengkaji postur dan pergerakan manusia serta mekanisme yang mengawalnya Definisi ialah satu proses pembelajaran kemahiran secara berperingkat dalam proses perkembangan motor bayi
Berlaku secara semulajadi dan ada juga memerlukan latihan Berlaku dengan latihan
Tempoh berlaku amat terhad Tempoh berlaku sepanjang hayat
Terdapat dua lakuan kawalan motor
- Lakuan motor tanpa kemahiran
- Lakuan motor berkemahiran Terdapat 2 proses pembelajran
- Peringkat motor-verba
- Peringkat motor
Terdapat system kawalan motor
- Kemahiran tertutup(closed loop
- Kemahiran terbuka(open loop) Terdapat sistem pembelajaran motor
- J.A Adam -kemahiran tertutup (closed loop) - Richard Schmidt- teori skema
3.0 Otak
Otak merupakan komponen penting dalam kawalan dan perkembangan motor yang melibatkan beberapa bahagian struktur otak iaitu serebrum, serebelum, cabang otak (midbrain, pons dan medulla oblongata), basal ganglia dan diencephalon. Bahagian serebrum dandiencephalon terletak pada bahagian depan otak.
3.1 Bahagian Otak dalam Kawalan Otak


Rajah 1: Fungsi setiap bahagian korteks otak
i. Serebrum
Serebrum terbahagi kepada dua bahagian iaitu hemisfera otak kanan dan kiri yang dihubungkan melalui cabang hujung saraf yang dikenali sebagai corpus callosum. Kedua-dua hemisfera ini diselaputi oleh satu permukaan yang berwarna kelabu iaitu korteks cerebral. Setiap hemisfera otak dibahagikan kepada empat lobus iaitulobus depan, lobus parietal, lobus occipital dan lobus temporal. Lobus depan merupakan kawasan anterior kepada pusat sulcus dan lateral fissure yang berfungsi mengawal pergerakan voluntari. Lobus parietal pula merupakan kawasan posterior kepada kawasan pusat fissure dan superior kepada lateral fissure yang mengawal penerimaan maklumat sensori. Lobus occipitalberfungsi menerima maklumat deria penglihatan. Lobus keempat yang terletak dibawah lateral fissure memainkan peranan penting dalam daya ingatan, pemikiran abstrak dan pertimbangan. Kawasan sensori motor pada bahagian otak terletak pada pusat sulcus. Setiap maklumat deria yang diterima akan dipindahkan melalui saraf sensori kepada bahagian otak yang menerima jenis maklumat deria. Contoh maklumat deria yang diterima ialah rasa, percakapan, sentuhan, penglihatan dan pendengaran serta tekanan.

ii. Primary motor korteks
Primary motor korteks ini terletak pada lobus depan sebagai pusat sulcus yang mempunyai neuron motor iaitu axon yang membawa maklumat dari otak kepada otot tertentu. Bahagian ini berfungsi mengawal pergerakan dan koordinasi pergerakan dalam kemahiran motor. Contohnya, seorang pemain piano memerlukan kemahiran motor dengan memainkan jarinya diatas pepapan piano. Korteks motor juga melibatkan kawalan ke atas koordinasi postur badan(kajian Loffe, Ustinova, Chernikova & Kulikov, 2006).

iii. Premotor korteks
Bahagian ini berfungsi mengawal pergerakan dengan mengenal pasti rentak pergerakan yang ingin dilakukan terlebih dahulu. Selepas menerima arahan daripada otak, premotor akan mengarahkan maklumat yang diterima daripada otak ke bahagian otot untuk melakukan pergerakan yang diinginkan. Misalnya, pemain piano akan mengerakkan jari-jemarinya pada pepapan piano setelah bahagian otot jarinya menerima maklumat daripada otak. Terdapat pengkaji lain menunjukkan kepentingan premotor kortek dalam meningkatkan tahap kebolehan melalui pemerhatian daripada seseorang individu(Buccino et al. 2001). Kerosakan pada bahagian premotor kortek akan menyebabkan kehilangan kemahiran motor halus.

iv. Supplementary motor
Bahagian supplementary ini terletak pada bahagian atas permukaan lob depan yang bersebelahan dengan bahagian primer motor kortek. Bahagian ini amat penting dalam mengawal urutan pergerakan yang dilakukan (Parsons, Harrington, & Rao, 2005) dan di dalam persediaan mengatur pergerakan (Cunnington, Windischberger, & Moser, 2005). Sekiranya rosak pada bahagian ini akan meyebabkan seseorang itu hilang koordinasi badan.

v. Basal Ganglia
Peranan basal ganglia ialah merancang dan mengawal otot antogonis ketika bergerak serta mengawal tekanan.(Pope, Wing, Praamstie & Miall, 2005). Kedudukan basal ganglia terletak pada bahagian tengah otak. Basal ganglia menerima input daripada korteks motor dan cabang otak. Seseorang yang mengalami kecederaan pada bahagian ini, mereka akan mengalami penyakit Parkinson dan cerebral palsy akibat daripada kecelaruan basal gangiia (Loffe et al. 2006) serta mengakibatkan strok (Boyd & Winstein, 2004).

vi. Cabang Otak
Bahagian ini terletak di bahagian bawah hemisfera serebral yang menghubungkan kod spinal. Cabang otak mempunyai tiga kawasan untuk kawalan motor iaitu pon, medulla oblongata dan reticular formation. Cabang otak menerima input daripada kortek serebrum, serebelum dan basal ganglia dan semua reseptor sensori. Pon merupakan kawasan pertama dalam cabang otak yang terletak pada bahagian atas cabang otak yang bertindak sebagai penghubung antara korteks cerebral dan serebelum. Pon terlibat dalam dalam fungsi kawalan badan seperti mengunyah, menelan, menelan liur dan bernafas. Pon juga terlibat dalam kawalan keseimbangan badan.

Kawasan kedua ialah mendula atau dikenali sebagai medula oblongata yang merupakan bahagian tambahan kepada kod spinal yang berfungsi mengawal sistem fisologi dalam badan sperti proses respirasi, dan degupan jantung. Dalam pergerakan voluntary, medula berfungsi sebagai tempat laluan sensori corticospinal dan motor neural melalui saraf tunjang untuk menghantar maklumat daripada bahagian otot kepada serebelum dan korteks serebral.

Bahagian ketiga dalam cabang otak ialah reticular formation. Gabungan basal ganglia dan jaringan saraf merupakan penghubung penting dalam rantaian struktur neural diantara deria reseptor yang melalaui badan dan pusat kawalan motor di serebelum dan korteks cerebral.Reticular formation wujud dengan membawa maklumat sensori dan boleh menggunakan terus tindakan CNS untuk mengubah aktiviti CNS sama ada menghalang atau menambahkan aktiviti yang boleh mengubah tindakan aktiviti otot skeleton.

No comments: